• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafah Dalam Bahaya, Israel Cabuli Perjanjian Philidelpi 2005

oleh Mohd Arshad
09/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rafah Dalam Bahaya, Israel Cabuli Perjanjian Philidelpi 2005
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Masyarakat perlu bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk menghentikan kekejaman dan kesengsaraan kepada warga Gaza, khususnya mereka yang sedang berlindung di Rafah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Penasihat Malaysian Humanitarian Aid And Relief (MAHAR), Nurul Izzah Anwar, berkata Rafah menjadi antara kawasan terakhir yang belum dimusnahkan dan kini menjadi tempat perlindungan kepada lebih satu setengah juta warga Gaza.

Katanya, Israel selama ini menggunakan taktik kotor dengan menjadikan Rafah dan semua warga Palestin sebagai tebusan untuk memaksa Hamas bersetuju dengan syarat mereka dalam proses gencatan senjata.

“Setelah beberapa pusingan rundingan dan cadangan gencatan senjata, Hamas memberi gambaran menerima draf gencatan senjata yang dicadangkan oleh Qatar dan Mesir.

Tentera Israel akan menuju ke Rafah walaupun berdepan tekanan antarabangsa – PM Israel

“Namun demikian, dunia sekali lagi dikejutkan dengan gambaran sebenar perangai Israel yang menghantar kereta kebal mereka di Kompleks Imigresen Rafah.

“Israel menguasai Kompleks Imigresen Rafah yang menjadi pintu masuk dan keluar dari Gaza serta Mesir selain turut bertindak biadap dengan menurunkan bendera Palestin dan menaikkan bendera Israel di kompleks itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nurul Izzah berkata, tindakan itu menyebabkan pergerakan sukarelawan dan barangan bantuan dihentikan melalui pintu Rafah.

“Terdapat laporan media Ibrani yang menunjukkan kereta kebal tentera Israel sedang beroperasi di Koridor Philidelphi yang jelas menandakan rejim itu mencabuli Perjanjian Philidelpi 2005 yang bersetuju kawasan itu menjadi kawasan bebas tentera ((demilitarized zone.

“Apa yang merisaukan kita ialah Israel ingin meneruskan pembunuhan dan kemusnahan walaupun cadangan gencatan senjata diterima semata-mata untuk memenuhi kehendak jahat Netanyahu (Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu),” katanya.

Katanya, pencabulan berkali-kali dalam hak asasi manusia oleh rejim Israel di Gaza ini jelas menunjukkan keangkuhan yang menyatakan, mereka kebal daripada segala perundangan antarabangsa.

-Berita Harian

Tags: IsraelPerjanjian Philidelpi 2005Rafah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd