• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Kuala Kubu Bharu: ADUN BERSATU Turun Kempen Untuk Calon PH

oleh Mohd Arshad
09/05/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRK Kuala Kubu Bharu: ADUN BERSATU Turun Kempen Untuk Calon PH
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR : Bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, turun padang menyokong kempen Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang yang menyatakan sokongan kepada pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari itu, berucap di pentas Ceramah Isu Semasa di sekitar Batang Kali, di sini.

Beliau berkata, keputusan membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dibuat selepas mempertimbangkan tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan BERSATU yang menghalangnya berbuat demikian.

Katanya, ia juga didorong pencapaian kerajaan negeri yang mentadbir Selangor secara berkesan, selain berpendapat Sock Tao boleh menjadi wakil rakyat yang baik jika diberikan mandat pada Sabtu ini.

PRK KKB: Pengundi harap bakal ADUN baharu sentiasa utama kebajikan mereka

“Saya sudah buat semakan ke atas perlembagaan BERSATU. Tiada apa-apa klausa atau peruntukan menyatakan ahli boleh diambil tindakan jika menyertai ceramah di mana-mana.

“Mereka boleh pecat jika saya keluar daripada parti dan menyokong pihak lain tetapi tiada peruntukan yang menghalang saya daripada berceramah di mana-mana, sama ada bersama Perpaduan mahupun BERSATU. Sebab ini saya berani datang.

“Saya juga tidak kisah jika Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan kehadiran saya malam ini, sebagai kempen mereka. Silakan, tiada masalah,” katanya sambil menambah, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi turut membantu kempen Kerajaan Perpaduan di sekitar Kuala Kubu Bharu.

Sebelum ini, Abdul Rashid dilapor mengisytiharkan sokongan kepada kepemimpinan Amirudin dan mengakui ia dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan selepas meneliti ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, langkah itu juga dibuat akibat beberapa siri tindakan PN, terutama PN Selangor yang didakwa berdiam diri terhadap tohmahan dilontar kepada Raja-Raja Melayu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid berkata, pihaknya belum menerima sebarang notis daripada BERSATU susulan tindakannya menyokong pentadbiran Amirudin, selain menegaskan bersedia menerima keputusan parti.

“Katalah Lembaga Disiplin (BERSATU) menyatakan saya bersalah dan pecat saya. Mereka cuma pecat keahlian (dalam BERSATU), bukan jawatan ADUN.

“Kuasa untuk mengosongkan kerusi ADUN adalah di bawah Yang Dipertua DUN. Justeru, mereka (BERSATU) perlu menulis kepada Yang Dipertua untuk meminta saya mengosongkan kerusi, tetapi kalau dikatakan tak boleh, tak boleh la.

“Sebab sudah ada duluan kes di Sabah, membabitkan empat ADUN lebih kurang macam saya dengan kes mereka ketika itu dibawa ke mahkamah dan hakim menetapkan ia bukan bidang kuasa mahkamah, sebaliknya Yang Dipertua DUN.

“Saya rasa duluan kes di Sabah ini menyebabkan mereka tidak mengutus apa-apa notis kepada saya. Justeru, saya akan meneruskan tugas sebagai ADUN Selat Klang seperti biasa,” katanya.

-Berita Harian

Tags: ADUN Bersatucalon PHkempenPRK Kuala Kubu Bharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Bakal Perkenal Kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’

KPDN Bakal Perkenal Kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’

20/07/2024
0

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal memperkenalkan kempen 'Kurang Gula, Kurang Harga' bagi mempertingkat kesedaran rakyat mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan...

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

08/06/2024
0

Johor Bahru : MCA tidak menolak untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd