• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

oleh Mohd Arshad
10/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat bau pelik di dek penerbangan, menurut media negara itu, lapor Sputnik.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Seorang jurucakap Lufthansa yang dipetik akhbar harian Jerman, Bild berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana bau yang tidak dapat dikenal pasti di dalam kokpit.

Beliau berkata, pesawat itu mendarat dengan selamat di Frankfurt dan semua 320 penumpang serta 19 kru selamat.

“Pesawat itu kini sedang diperiksa oleh juruteknik dan punca bau itu masih belum dikenal pasti,” katanya.

Ini merupakan insiden keempat melibatkan pesawat Boeing dalam tempoh dua hari.

Terdahulu pada Khamis, pihak berkuasa Turkiye memaklumkan bahawa 190 penumpang telah dipindahkan dari pesawat Boeing-738 yang menuju ke Gazipasa, Turkiye dari Cologne, Jerman selepas mendarat cemas apabila tayar pesawat itu pecah.

Pihak berkuasa memaklumkan tiada individu yang cedera dalam insiden tersebut.

-Sinar Harian

Tags: Bau Pelikpesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Sayap Kiri Terbakar, Pesawat Terpaksa Mendarat Cemas

20/06/2022
0

PATNA - Sebuah pesawat komersial yang membawa 185 penumpang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di bandar Patna, timur India pada Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd