• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Makanan Jepun Tak Mengaku Rogol Budak Dalam Kereta

oleh Mohd Arshad
05/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR: Peniaga makanan Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan merogol kenalan dalam kereta di bandar ini, Mac dan April lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Muhammad Aliff Sukiman, 23, membuat pengakuan itu sejurus ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun sembilan bulan dalam sebuah kereta yang diparkir tepi Jalan Tengku Bendahara, jam 8.30 malam, 13 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia sekali lagi melakukan perkara sama terhadap mangsa dalam kereta yang diparkir di halaman rumahnya, dalam daerah ini pada jam 9.30 malam dan 1.30 pagi, 27 Mac dan 1 April lalu.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan ini, dia dakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang mana dia boleh penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat kakak mangsa, tertuduh didakwa membawa mangsa menaiki keretanya sebelum melakukan perbuatan itu.

Kejadian itu terbongkar selepas kakak mangsa terbaca mesej dengan tertuduh dalam WhatsApp.

Mangsa akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, 26 April lalu.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah memutuskan kes ini disebut semula esok bagi tujuan permohonan ikat jamin serta lantikan peguam tertuduh.

BHonline-

Tags: budakpeniaga makananrogol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Next Post

Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Damia, Malik Ikut Terjun Ke Sungai

Related Posts

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Wanita Selamat Daripada Dirogol Di Tandas Awam Selepas Cakar, Gigit Penjenayah

Wanita Selamat Daripada Dirogol Di Tandas Awam Selepas Cakar, Gigit Penjenayah

18/12/2024
0

Kluang : Seorang wanita berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol di sebuah tandas awam di Laman Kampung Melayu, di sini,...

Next Post
Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Damia, Malik Ikut Terjun Ke Sungai

Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Damia, Malik Ikut Terjun Ke Sungai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd