• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Kenderaan Diesel Persendirian Boleh Mohon BUDI MADANI Mulai Esok

oleh Mohd Arshad
27/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Cemerlang Walaupun Di Sebalik Tirai Besi
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Permohonan bagi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) untuk pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi dibuka mulai esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka yang layak akan menerima bantuan RM200 sebulan, seiring pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Kementerian Kewangan berkata, pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu manakala petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

“Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI iaitu membabitkan pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

“Pelaksanaan ini susulan kenyataan Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel membabitkan pengguna di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun ini, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama menjelang pertengahan bulan depan dan bantuan seterusnya akan disalur secara bulanan.

Permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun, akan menerima BUDI MADANI pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan.

BUDI MADANI akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntutnya secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung.

Kriteria kelayakan bagi kategori BUDI Individu ialah pemohon warganegara Malaysia, memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan JPJ, kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan aktif dan pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 ke bawah.

Kelayakan bagi BUDI Agri-Komoditi ialah pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Pemohon adalah petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.

“Setiap permohonan diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20),” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata program BUDI MADANI melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel melalui sistem MySubsidi Diesel kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Dengan pelaksanaan BUDI MADANI, kerajaan memperluaskan bantuan tunai kepada individu dan petani serta pekebun kecil komoditi menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

“Seperti yang sering ditekankan Perdana Menteri, penyasaran subsidi diesel adalah antara langkah reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI, bagi membina kemampanan kewangan Kerajaan serta Malaysia yang lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata, ikhtiar BUDI MADANI mencerminkan usaha bersepadu jentera kerajaan dalam memastikan mekanisme penyasaran subsidi diesel adalah komprehensif, cekap dan berkesan supaya sektor logistik dan majoriti rakyat terus dilindungi.

BHonline-

Tags: BUDI MADANIKenderaan Diesel Persendirianmohon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd