• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini – PTPTN

oleh Mohd Arshad
10/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini – PTPTN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pelepasan kepada cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, dilanjutkan pada tahun ini kepada ibu bapa yang menjadi pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata ibu bapa yang membuat taksiran cukai bersama juga layak mendapat pelepasan jumlah sama.

Katanya, pelepasan cukai diberikan itu adalah antara insentif yang dilakukan oleh pihaknya kepada pendeposit sekaligus menjadikan Simpan SSPN berlainan daripada produk simpanan yang lain.

“Oleh itu, saya menyeru kepada masyarakat di negara ini untuk membuat simpanan dalam Simpan SSPN supaya berpeluang menikmati insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

“Masyarakat Malaysia perlu mengambil peluang membuat simpanan melalui Simpan SSPN yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Norliza berkata setakat 31 Mac lalu, pendeposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM17.75 bilion dengan 6.32 juta akaun direkodkan.

Katanya, penambahan itu menunjukkan Simpan SSPN menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia untuk membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Dalam pada itu, Norliza berkata, PTPTN terus komited dan konsisten dalam menggalakkan ibu bapa untuk membuat perancangan kewangan awal bagi tujuan pendidikan anak-anak.

Tambahnya, selain pelepasan cukai taksiran, Simpan SSPN turut menawarkan keistimewaan dan manfaat lain termasuklah memberikan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen kompetitif serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Norliza berkata, PTPTN juga tidak melepaskan peluang mengadakan Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya 2024 yang menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 untuk 181 pemenang.

Selain itu Norliza memaklumkan, PTPTN turut menyediakan hadiah utama berjumlah RM10,000 untuk seorang pemenang dan hadiah saguhati berjumlah RM500 untuk 180 pemenang.

“Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus yang akan berakhir pada 30 April ini,” katanya.

Pembukaan akaun atau penambahan simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Layarilah portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.

-Berita Harian

Tags: pelepasan cukaiPTPTNSSPN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kilang Kereta Perisai Bakal Dibangun Di Lipis

Next Post

Presiden Dewan Negara Mutang Tagal Meninggal Dunia

Related Posts

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

LKAN: Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion

24/02/2025
0

SHAH ALAM - Tunggakan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.2 juta peminjam...

Apa Itu Pelepasan Cukai?

Apa Itu Pelepasan Cukai?

28/10/2024
0

Ramai orang menyebut tentang pelepasan cukai setiap kali berbicara mengenai cukai pendapatan. Bagaimanapun, tidak semua orang yang bercakap mengenainya memiliki...

Next Post
Presiden Dewan Negara Mutang Tagal Meninggal Dunia

Presiden Dewan Negara Mutang Tagal Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd