• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM

oleh Mohd Arshad
30/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pelaburan Google RM9.4 Bilion Bukti Perencanaan Kerajaan Jelas, Jadi Tarikan Pelabur – PM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan Google berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) menjadi bukti kepada perencanaan kerajaan yang jelas, selain kekuatan ekonomi dan sumber negara, menjadi tarikan kepada pelabur sedia ada dan baharu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata keadaan itu nescaya meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.

Google hari ini mengumumkan komitmen pelaburan sebanyak RM9.4 billion di Malaysia, merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.

Anwar berkata, pelaburan Google ini akan menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.

“Pelaburan ini dijangka membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar AS$3.2 bilion (RM15.04 bilion) dan pewujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang 2030,” katanya menerusi kiriman di Facebook, hari ini.

Dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei lalu, Anwar berkata beliau telah menekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan AI secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.

“Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: googlePelaburpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

13/09/2025
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bagi membincangkan serangan Israel terhadap Qatar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd