• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pamer Gambar Agong- Biar Polis Siasat – Amirudin

oleh Mohd Arshad
05/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PRK KKB: Polis Buka Dua Kertas Siasatan Daripada Tujuh Laporan Diterima
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR: Semua pihak perlu memberikan ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung tindakan dua lelaki mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes.

“Saya minta ia disiasat…mungkin hasratnya lain tetapi ia harus disiasat apa tujuan mereka sebenarnya,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Komuniti Pendidik dan Jemaah Haji Muassasah Daerah Hulu Selangor 2024 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan hari ini memaklumkan polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 60-an dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK KKB, semalam.

Sementara itu, Amirudin turut menafikan dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan negeri telah menaikkan kadar cukai pintu sehingga empat kali ganda.

Menteri Besar Selangor itu berkata, sebarang kenaikan cukai yang dicadangkan Pihak Berkuasa Tempatan memerlukan kelulusan kerajaan negeri dengan mengambil kira maklum balas yang diterima.

“Mungkin dia (Mohamed Azmin) terdesak tidak ada isu lain nak digunakan (pada kempen PRK) jadi dia gunakan isu sensasi seperti itu. Sebenarnya penilaian itu perlu untuk menilai hartanah.

“Kalau (nilai) hartanah merudum itu petanda yang buruk, tetapi nilai hartanah yang meningkat itu perlu juga kena diikuti dengan peningkatan cukai sedikit dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Amirudin mewakili Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menyerahkan replika cek sumbangan dana pengurusan kepada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di 54 sekolah di Daerah Hulu Selangor dengan setiap sekolah menerima sumbangan RM1,000.

Beliau turut menyerahkan replika cek berjumlah RM222,000 daripada MBI sebagai simbolik sumbangan kepada 222 jemaah muassasah dengan setiap jemaah memperoleh sumbangan bernilai RM1,000.

Bernama-

Tags: PRK KKBYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd