• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mungkin Ubah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2023 – KPM

oleh Mohd Arshad
10/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mungkin Ubah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2023 – KPM
Share on FacebookShare on Twitter

Taiping : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menolak kemungkinan meminda tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini kepada suatu tarikh lain.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ia selepas pandangan pelbagai pihak khususnya dalam kalangan warga pendidik diambil kira mengenai tarikh 27 Mei yang ditetapkan seperti kenyataan KPM yang dikeluarkan semalam.

“Selepas pengumuman itu (tarikh keputusan SPM) kita dengar ada pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk warga pendidik seperti yang KPM praktikkan apabila melaksanakan sesuatu polisi baharu.

“Untuk perkara berkenaan pengumuman keputusan SPM ini, semua pandangan itu adalah dalam pertimbangan KPM dan sekiranya perlu, kita akan berikan kenyataan rasmi jika ada perubahan tarikh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Khair Lil Banat di Kamunting, di sini sempena lawatan kerjanya ke tujuh sekolah sekitar bandar Taiping dan Kamunting, hari ini.

Dalam lawatan itu, Kah Woh turut mengumumkan peruntukan RM300,000 yang disumbangkan Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan untuk tujuan penyelenggaraan, naik taraf, dan baik pulih fasiliti serta infrastruktur tujuh sekolah yang dilawatinya itu.

Ia meliputi sebuah SABK; dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK); sebuah Sekolah Kebangsaan (SK), dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Kah Woh ditanya tentang rungutan warga pendidik termasuk melalui rayuan yang dikemukakan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang berharap KPM mengeluarkan keputusan SPM Tahun 2023 lebih awal iaitu pada 23 Mei ini.

Semalam, NUTP melalui Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon dilapor berkata, pindaan tarikh pengumuman keputusan SPM itu perlu dipercepat berbanding tarikh yang ditetapkan, memandangkan kebanyakan guru sudah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei ini.

Fouzi menerusi kenyataan dilapor berkata jika keputusan dikeluarkan pada 27 Mei maka kebanyakan guru mungkin sudah berada di kampung halaman masing-masing atau mungkin ada juga guru yang sudah merancang percutian bersama keluarga masing-masing.

-Harian Metro

Tags: Keputusan SPM 2023KPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Presiden Dewan Negara Mutang Tagal Meninggal Dunia

Next Post

MH370: Kertas Cadangan Ocean Infinity Dibawa Ke Kabinet Ogos Ini

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post
MH370: Kertas Cadangan Ocean Infinity Dibawa Ke Kabinet Ogos Ini

MH370: Kertas Cadangan Ocean Infinity Dibawa Ke Kabinet Ogos Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd