• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 700,000 Murid Terima Manfaat Program Susu Sekolah

oleh Mohd Arshad
25/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih 700,000 Murid Terima Manfaat Program Susu Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Program Susu Sekolah (PSS) yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk syarikat pengeluar produk tenusu Farm Fresh Bhd memberi manfaat kepada 753,054 murid melibatkan 7,398 sekolah rendah di seluruh negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, PSS yang dilaksana di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT), bertujuan memerangi dan menangani isu kemiskinan multidimensi khususnya berkait rapat dengan isu malnutrisi dalam kalangan murid daripada keluarga B40.

“Setiap kanak-kanak berhak menerima nutrisi pemakanan yang seimbang. Kanak-kanak yang mendapat makanan berkhasiat akan membesar dengan sihat dan berupaya membentuk potensi diri sepenuhnya.

“Justeru, KPM sentiasa memberikan perhatian yang serius berhubung isu malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan antara inisiatif KPM ialah RMT, Program Hidangan Berkhasiat (HiTS) dan PSS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Karnival Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini pada Sabtu.

Turut hadir Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Shafruddin Ali Hussin serta Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal.

Fadhlina juga berkata,objektif utama pelaksanaan PSS ialah memupuk amalan pengambilan susu atau produk tenusu dalam pemakanan murid terutama daripada keluarga berpendapatan rendah sekali gus membentuk generasi sihat dan cergas.

Beliau berkata, program advokasi berkaitan kepentingan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan murid seperti penganjuran Karnival Hari Susu Sekolah adalah penting dan perlu diteruskan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan isu itu.

Terdahulu, Fadhlina turut menyampaikan beberapa anugerah antaranya bagi Pertandingan Susu Subsidi Peringkat Kebangsaan serta Pengurusan RMT dan PSS Terbaik Peringkat Kebangsaan.

Bernama-

Tags: KPMmuridProgram Susu Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd