Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

Polis Tumpas ‘Africam Scam’...

KUALA LUMPUR - Penipuan licik 'Awang Hitam' memperdaya wanita tempatan menerusi 'Cinta Alam...

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US pagi ini kerana...

Anak Manusia Tertua Dunia...

BEBERAPA hari lalu, seorang wanita Jamaica bernama Violet-Mosse Brown, 117, menjadi tumpuan dunia...

Anak Lembu Kembar Siam...

CANBERRA - Seorang petani di wilayah Australia Barat terkejut apabila menemui bangkai anak...

KPT EKSPLORASI TEKNOLOGI AI

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim acap kali menekankan tentang kepentingan Malaysia menguasai kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).

AI merupakan suatu bidang ilmu komputer dikhususkan untuk memecahkan masalah kognitif yang umumnya terkait dengan kecerdasan manusia.

Dalam bahasa mudah, AI satu bentuk teknologi yang membolehkan mesin dan komputer melakukan tugas manusia dalam pelbagai bidang.

Dalam ungkapan yang lebih ringkas, teknologi AI menjadikan mesin mempunyai kepintaran seperti manusia.

AI teknologi paling baharu yang tidak boleh disisihkan sebagaimana internet suatu ketika dianggap eksklusif kini mendominasi segalanya.

Memahami realiti itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mendepani semangat dan aspirasi negara terhadap teknologi AI mengorak langkah ke hadapan.

Pelancaran Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) oleh KPT di ibu negara baru-baru ini menjadi simbolik kepada sebuah penjelajahan baharu.

Fakulti AI sebuah eksplorasi oleh KPT untuk menjadikan Malaysia bukan sahaja sebuah negara pengguna AI, malah pencipta kepada teknologi tersebut.

Sekaligus menggamit saiz pasaran global AI yang bernilai AS$39.9 bilion pada 2019 dan diunjurkan mencapai sekitar AS$126 billion tahun depan.

Sebagaimana ditegaskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bahawa Malaysia sedang bergerak seiring dalam pembentukan generasi AI.

“Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan dalam konteks AI menjadi “tool”. Fakulti AI di UTM akan menjadi ‘catalyst’ kepada sistem pendidikan bersepadu AI.

“Ekonomi negara juga akan turut ditransformasikan sebagai satu bentuk ekonomi baharu yang diintegrasikan dengan AI.

“Sekali gus memacu pertumbuhan mampan dan berdaya saing,” katanya pada majlis Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024 – Boosting the Future (My AI Nexus), baru-baru ini.

Kesungguhan KPT dalam menggapai aspirasi AI juga terserlah melalui penubuhan Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) yang terdiri daripada Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Pembangunan AI dalam konteks pendidikan oleh KPT malah turut melibatkan keseluruhan ekosistem termasuk agensi kerajaan, organisasi swasta serta industri.

“Mahu tidak mahu, kemajuan teknologi pada hari ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran baharu termasuk perkembangan AI dalam pelbagai ekosistem yang tidak dapat dinafikan.

“KPT menyahut seruan untuk membawa Malaysia bergerak pantas menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global,” ujar Zambry.

Prof. Dr. Azlinda Azman dan Datuk Dr. Mohd Sharil Abdullah

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman ketika mengulas perihal AI membangkitkan tentang Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera dengan pengetahuan AI.

Kata beliau, pelabur yang mahu membuat pelaburan di sesebuah negara akan menilai sama ada negara tersebut mempunyai jumlah jurutera yang mencukupi dan berkualiti.

Justeru, katanya, Malaysia yang kini kekurangan sebanyak 30,000 jurutera perlu menambah jumlah jurutera dengan nilai tambah penguasaan terhadap teknologi AI.


“Kita kena tarik minat pelajar menceburi bidang ini. Kalau tak buat sekarang dan kita memang kurang jurutera, kita bimbang (jurutera sedia ada) diambil negara lain.

“Jadi usaha kita hendak perbanyakkan program menarik bersandarkan AI supaya dapat tarik minat generasi muda. Kena pastikan kurikulum kita sentiasa relevan ikut keperluan industri semasa.

“Daripada segi kualiti kita bekerjasama dengan banyak industri untuk pelajar mendalami ilmu AI. Dengan cara itu dapat tingkatkan kemahiran dan kompetensi mereka sebagai nilai tambah kepada apa yang mereka pelajari.” katanya.

Beliau turut menjelaskan, KPT bukan hanya fokus kepada aspek penggunaan AI, tetapi menjurus ke arah mencipta AI sekiranya negara hendak bergerak ke hadapan.

Sehubungan itu, katanya, memang menjadi tanggungjawab KPT menggalas aspirasi tersebut kerana KPT membentuk bakat-bakat muda generasi baharu.

Bagi beliau, semua universiti di Malaysia mempunyai kepakaran yag menjurus ke arah AI dan mungkin dalam beberapa bulan lagi akan ada Fakulti AI di universiti lain.

Dalam pada itu, katanya, KPT bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk memahami apa yang pelabur mahukan daripada sudut tenaga kerja di Malaysia.

“MITI cari pelabur, tetapi takut calon kita tak cukup. Kita kena pastikan apa yang industri hendak, jadi kurikulum kita mesti fleksibel untuk memenuhi keperluan.

“Saya lihat generasi sekarang cara bekerja lain. Kadangkala mereka tak nak ke tempat kerja, maka ‘global outsourcing talent’ cara yang unik untuk membolehkan bekerja secara ‘freelance’.

“Mereka dapat satu projek sebagai jurutera atau arkitek, tetapi boleh buat di rumah (menggunakan teknologi AI)” katanya.

Pengarah Bahagian Hubungan Industri Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mohd Sharil Abdullah pula menerangkan My AI Nexus bertujuan menghubungkan pelbagai bidang berkaitan AI dalam negara.

Sebagai contoh teknologi robotik bukan hanya melibatkan satu peringkat domain sahaja, sebaliknya memerlukan bidang-bidang lain termasuk sains dan elektrikal.

“Sebab itu dengan menghubungkan kluster-kluster ini melalui Malaysia Artificial Intelligence Consortium akan memperkukuhkan lagi sesuatu teknologi. KPT malah yakin dengan kemampuan setiap universiti,” katanya.

Sementara itu, KPT dalam satu kenyataan menggariskan sebanyak lima objektif penganjuran My AI Nexus seperti berikut:

1) Menunjukkan keupayaan Malaysia menerima teknologi AI dalam mengukuh pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat

2) Mempromosikan peluang pengajian dan penyelidikan dalam bidang AI Malaysia.

3) Memperkenalkan Fakulti Kecerdasan Buatan di UTM sebagai penyedia Pendidikan AI di Malaysia bersama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang lain.

4) Mewujudkan peluang jaringan dan kerjasama antara IPT, Industri, Agensi Kerajaan dan individu yang aktif dalam bidang AI.

5) Memperkenalkan produk AI yang dihasilkan oleh penyelidik IPT dan pemain Industri melalui pameran dan forum.

  • Lagi berita berkaitan:
  • AI
  • KPT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori