• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Kereta Perisai Bakal Dibangun Di Lipis

oleh AK-47
09/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kilang Kereta Perisai Bakal Dibangun Di Lipis
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebuah kilang kereta perisai bakal dibangunkan di Kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II, Lipis yang dikenal pasti sebagai kawasan untuk dimajukan bagi projek berasaskan industri pertahanan di negeri ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tapak projek tersebut telah diluluskan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang (PSK) manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) sebagai agensi pelaksana.

Menurutnya, pihak syarikat, Mildef International Sdn Bhd sedang dalam rundingan bagi memuktamadkan pelaburan.

“Syarikat terbabit dijangka mula melabur apabila pelaburan Fasa 1 dari kilang peluru, Ketech Asia Sdn Bhd beroperasi sepenuhnya di kawasan perindustrian itu.

“Pelaburan bernilai RM150 juta oleh Ketech Asia itu merupakan kilang pembuatan peluru pertama di negara ini.

“Syarikat terbabit berpengalaman dalam menguruskan keperluan peluru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mustapa Long (BN-Lipis) berhubung tahap kemajuan pelaksanaan Lipis sebagai bandar pertahanan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Wan Rosdy berkata, pembangunan kilang di atas tanah seluas 40 hektar milik PKNP yang dipajak kepada syarikat telah mencapai 82 peratus sehingga 15 Mac lalu dan dijangka siap sepenuhnya untuk beroperasi pada suku akhir tahun ini.

Beliau berkata, kelulusan dasar diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 4 Mac 2022 bagi mendapatkan lesen mengilang peluru bawah Seksyen 12 Akta Senjata 1960 [Akta 206] di Kuala Lipis bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2024.

“Pembukaan kilang tersebut dijangka bakal membuka 150 peluang pekerjaan yang baharu.

“Sejajar dengan kelulusan projek kilang pembuatan peluru dan kilang kereta perisai ini, semua bentuk pelaburan yang berkaitan pertahanan akan dicadang untuk dilaksanakan dalam kawasan Perindustrian Padang Tengku Fasa II,” katanya.

Menurutnya, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan upah dan kontrak perkhidmatan melalui peluang-peluang pekerjaan yang bakal ditawarkan kelak kepada penduduk tempatan.

“Pelaksanaan projek pembangunan terutamanya pelaburan komersial akan menjadi pemacu peningkatan ekonomi setempat melalui peningkatan penduduk dan peningkatan perbelanjaan isi rumah

“Ia turut menyumbang kepada limpahan ekonomi dari aspek permintaan perkhidmatan, perumahan dan utiliti, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan untuk penduduk sekitar dan membuka potensi kepada peniaga tempatan untuk meningkatkan pendapatan berikutan saiz pasaran yang semakin bertambah,” ujarnya.

-Sinar Harian

Tags: kereta perisaikilangLipis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

226 Pati Filipina Diusir Pulang Ke Negara Asal

Next Post

Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini – PTPTN

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

KPKT Batal 26,108 Lesen Peniaga Kerana Langgar Syarat

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

27/02/2024
0

KOTA KINABALU - Berlanggar bahu ketika beratur selepas tamat waktu bekerja didakwa punca pergaduhan antara dua pekerja lelaki sekali gus...

Next Post
Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini – PTPTN

Pelepasan Cukai Kepada Pendeposit SSPN Dilanjutkan Tahun Ini - PTPTN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd