• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Safiq Rahim Pula Dipecah Guna Tukul

oleh AK-47
08/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kereta Safiq Rahim Pula Dipecah Guna Tukul
Share on FacebookShare on Twitter

Kereta pemain tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali menggunakan tukul besi di Jalan Sri Gelam di Johor Bahru malam tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut laporan polis yang dibuat Safiq di Balai Polis Larkin, insiden berlaku pada 10.05 malam ketika dia memandu kereta Honda City dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido.

Menurut Safiq, dia telah didatangi sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki tidak dikenali dan pemboncengnya bertindak mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk bahagian belakang cermin kereta.

“Saya yang terkejut memberhentikan kereta…kedua-dua lelaki terbabit berhenti di hadapan kereta sambil menunjukkan tukul dan saya mengundurkan kereta kerana ketakutan.

“Kedua-dua lelaki tersebut meninggalkan tempat kejadian tidak lama kemudian, akibat kejadian ini cermin belakang kereta saya telah pecah,” katanya dalam laporan polis yang dibuatnya selepas insiden itu.

Sementara itu, polis memaklumkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan masih mengesan suspek yang terlibat.

Pada Ahad lepas, negara digemparkan dengan insiden pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid di pusat membeli-belah di Kota Damansara, Selangor sehingga menyebabkan kelecuran tahap empat.

Tonggak Selangor FC itu kemudian mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Insiden itu berlaku selang beberapa hari selepas seorang lagi pemain kebangsaan Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera di kepala serta kaki selepas diserang dan disamun oleh dua individu di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lepas.

-Malaysia Kini

Tags: Safiq Rahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UNICEF Cadang Gaji Minimum RM2,287 Sebulan Di Malaysia

Next Post

4 Pegawai Kastam Tidak Mengaku Ambil Dadah

Related Posts

Safiq Cabar Liridon Pamer ‘Taring’ Bersama Harimau Malaya

05/02/2020
0

CYBERJAYA - Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Safiq Rahim, mencabar pemain naturalisasi baharu negara Liridon Krasniqi, menjadi ‘taring’ Harimau Malaya bagi...

Safiq Rahim Tinggalkan JDT

02/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai kedudukan Safiq Rahim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila dia bakal meninggalkan kelab...

Next Post
4 Pegawai Kastam Tidak Mengaku Ambil Dadah

4 Pegawai Kastam Tidak Mengaku Ambil Dadah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd