• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tuntutan Sulu: Malaysia Hargai Mahkamah Rayuan Madrid Kekalkan Sabitan Terhadap Gonzalo Stampa

oleh Mohd Arshad
18/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Tuntutan Sulu: Malaysia Hargai Mahkamah Rayuan Madrid Kekalkan Sabitan Terhadap Gonzalo Stampa
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan Madrid semalam yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam bulan terhadap penimbang tara Sepanyol yang terbabit dalam tuntutan kumpulan Sulu, Gonzalo Stampa atas kesalahan menghina mahkamah

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Stampa, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Disember tahun lalu, yang turut mengenakan larangan ke atas Stampa untuk menjalankan tugas sebagai penimbang tara selama setahun.

Mahkamah Rayuan Madrid dalam penghakimannya mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Stampa secara sedar dan sengaja mengingkari ketetapan dan perintah jelas yang menyebabkan pelantikannya sebagai penimbang tara terbatal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan penting itu yang disifatkan sebagai kemenangan penting bagi kedaulatan undang-undang yang akan membantu memelihara kesucian institusi timbang tara antarabangsa sebagai bentuk alternatif penyelesaian pertikaian.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia mengesahkan sekali lagi, bahawa penipuan Sulu dimungkinkan oleh tingkah laku jenayah seorang penimbang tara yang juga penyangak.

“Malaysia juga yakin bahawa kemenangan ini akan menjadi penghalang selanjutnya kepada tindakan buruk yang dilakukan oleh pelaku penipuan Sulu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas komitmen dan kesungguhan beliau dalam melindungi kedaulatan Malaysia walau apa cara sekalipun serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Malaysia yang memperjuangkan dan melawan tuntutan remeh ini.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Menteri Luar, Kementerian Luar, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Sekretariat Khas Sulu, rakan-rakan kabinet saya dan rakyat Malaysia amnya atas sokongan berterusan mereka dalam perjuangan ini,” katanya

Azalina berkata, Kerajaan Madani akan terus memastikan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan Malaysia terpelihara sepanjang masa.

Prosiding jenayah itu bermula apabila Pejabat Pendakwa Raya Sepanyol dan Malaysia mendakwa Stampa melakukan penghinaan mahkamah yang serius dan tidak layak menjalankan amalan profesional atas alasan beliau secara terbuka dan dengan sengaja tidak mematuhi beberapa perintah mengikat oleh, Mahkamah Tinggi Madrid.

Sebagai peringatan, Mahkamah Tinggi Madrid mengeluarkan perintah akhir mengikat pada 29 Jun 2021, selaras dengan keputusan kes terdahulu, yang memutuskan bahawa, sebagai sebuah negara asing, Malaysia telah dibawa secara tidak wajar ke dalam prosiding pelantikan penimbang tara.

Oleh itu, mahkamah terbabit membatalkan pelantikan Stampa dan semua tindakan prosedurnya dalam kes Sulu, dan memerintahkan supaya Malaysia dibawa ke dalam kes itu dengan mengikut peruntukan sewajarnya serta prosiding pelantikan penimbang tara baharu dimulakan semula.

Pembatalan ke atas pelantikan Stamla kemudian dikekalkan selepas rayuan perlembagaan oleh penuntut Sulu gagal.

Berikutan perintah pembatalan pelantikan itu, Mahkamah Tinggi mengemukakan pelbagai perintah kepada Stampa mengarahkannya untuk segera menamatkan timbang tara Sulu.

Melalui satu tindakan yang hanya boleh dijelaskan oleh Stampa, beliau memutuskan untuk mengingkari perintah itu, di mana beliau mengumpul lebih daripada AS$2.7 juta daripada pihak menuntut Sulu, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi berpangkalan di London, Therium.

Selepas mengabaikan perintah Mahkamah Tinggi, Stampa menukar kerusi timbang tara daripada Madrid ke Paris atas permintaan pihak menuntut Sulu untuk mengelak pengawasan mahkamah Sepanyol.

Berikutan itu, pada Disember 2021, Malaysia yang mempunyai keyakinan tidak berbelah bahagi terhadap sistem kehakiman Sepanyol, memfailkan aduan kepada Peguam Negara Sepanyol terhadap Stampa atas alasan beliau telah bertindak dalam penghinaan jenayah yang serius dengan mengabaikan perintah Mahkamah Tinggi Madrid.

-Berita Harian

Tags: Gonzalo StampaIsu Tuntutan SuluMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd