P Ramasamy yang didakwa mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu awal bulan ini memohon untuk dicarakan apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen pagi ini
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Lelaki berusia 66 tahun itu didakwa sekali lagi selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Mei membenarkan permohonan semakannya selepas mendapati pengakuan bersalahnya sebelum ini tidak jelas . Ini kerana dia dikatakan tidak memahami sifat dan akibat kesalahan itu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(A)1 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana niat jahat, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya sekali.
Peguam Ramasamy, Rajesh Nagarajan mengesahkan anak guamnya mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan semula terhadapnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Siti Fatimah Talib.
-Malaysia Kini

