• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haramkan Syarikat Subahat Israel Sertai NATSEC Asia Di KL – Saifuddin

oleh AK-47
06/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Haramkan Syarikat Subahat Israel Sertai NATSEC Asia Di KL – Saifuddin
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan supaya mengharamkan penglibatan dua syarikat yang bersubahat dengan Israel, Lockheed Martin dan BAE daripada menyertai dan menjadi penaja platinum Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Kuala Lumpur yang bermula Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Biro Antarabangsa Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, dua syarikat tersebut membekal senjata dan peralatan kepada Israel yang sedang melakukan genosid ke atas Palestin, terutamanya di Gaza.

“Lockheed Martin mengeluarkan contohnya jet pejuang F-35. BAE pula membekalkan antara lain peralatan untuk jet tersebut. Ini antara senjata yang digunakan Israel untuk mengebom dan membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Bersatu kesal bagaimana kedua-dua syarikat ini boleh terlibat dalam program anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di aplikasi X pada Isnin.

Saifuddin yang juga bekas Menteri Luar menambah, keterlibatan kedua-dua syarikat tersebut bertentangan dengan pendirian tegas negara dan rakyat Malaysia selama ini yang menyokong dan bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, pameran berkenaan juga dikhuatiri akan menjadi satu percubaan untuk menormalkan hubungan dengan Zionis.

“Sementara Kementerian Luar Negeri masih belum menarik balik kenyataan Timbalan Menterinya di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang membayangkan kerajaan ini mungkin mengiktiraf Israel dengan alasannya yang lemah, maka adalah dibimbangi bahawa pameran ini menjadi medan halus percubaan untuk menormalisasi hubungan dengan Israel.

“Justeru, kerajaan mesti mengharamkan penglibatan syarikat-syarikat tersebut,” ujar beliau.

Sebelum ini dilaporkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 yang dijadualkan berlangsung selama empat hari di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) akan mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara serta laut.

Acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-18 kali ini membawa tema ‘Building Resilient Nations For The Next Generation’ berkenaan disertai lebih 1,200 syarikat dari 45 negara.

Acara tersebut turut menjadi tempat pertemuan utama bagi pengeluar, pembekal, agensi dan organisasi bertukar pendapat dan membina kesefahaman serta kerjasama.

-Sinar Harian

Tags: IsraelNATSEC Asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

4 Anggota Tentera Israel Maut Dalam Pertempuran Sengit Di Selatan Lubnan

01/04/2026
0

BEIRUT – Empat anggota tentera Israel dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit dengan pejuang Hezbollah di selatan Lubnan, dalam insiden yang...

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

Israel Lulus Undang-Undang Hukuman Mati Ke Atas Rakyat Palestin

31/03/2026
0

TEL AVIV – Parlimen Israel meluluskan satu rang undang-undang kontroversi yang membuka laluan kepada hukuman mati terhadap individu disabitkan kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd