• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamas Tolak Gencatan Senjata

oleh Mohd Arshad
05/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pamer Gambar Agong- Biar Polis Siasat – Amirudin
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA CITY – Seorang pegawai kanan Hamas berkata kumpulan itu menolak gencatan senjata yang tidak sepenuhnya menamatkan perang di Gaza selain Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘menghalang perjanjian’ tersebut.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengantara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) bertemu dengan delegasi Hamas pada Sabtu sebagai usaha terbaharu menamatkan perang yang memasuki tujuh bulan dan mencetuskan protes di seluruh dunia.

Negara-negara ini akan mendengar jawatan daripada kumpulan pejuang terhadap cadangan sebagai usaha terbaharu menghentikan perang selama 40 hari dan menukar tebusan tahanan Palestin.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan Hamas menegaskan pada Sabtu bahawa kumpulan itu ‘tidak bersetuju dalam apa jua keadaan’ untuk gencatan senjata.

Pegawai yang enggan nama disiarkan mengutuk usaha Iarael mendapatkan perjanjian pembebasan tebusan ‘tanpa mengaitkan dengan menamatkan pencerobohan di Gaza.

Malah, Hamas menyatakan Netanyahu ‘secara peribadi menghalang’ usaha mencapai gencatan sejata ‘demi kepentingan diri’.

Sebelum ini, seorang pegawai Israel menuduh Hamas ‘menggagalkan kemungkinan untuk mencapai persetujuan dengan enggan menurut tuntutannya menamatkan perang’.

Walaupun, diplomasi dilakukan selama berbulan-bulan, negara pengantara dikatakan gagal mencapai gencatan senjata baharu yang menyaksikan seramai 105 tebusan dibebaskan pada November lalu.

Rundingan sebelum ini terbantut apabila Hamas menuntut gencatan senjata berkekalan manakala Netanyahu meneruskan serangan terbadap penduduk Gaza di bandar Rafah.

Sehingga kini, Israel belum menghantar delegasi ke Kaherah, Mesir dan pegawainya memberitahu AFP bahawa mereka akan berbuat demikian jika terdapat ‘pergerakan positif’ terhadap rangka kerja yang dicadangkan.

SinarHarian-

Tags: gencatan senjataHamas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Malaysia Harap Thailand-Kemboja Patuhi Gencatan Senjata

Malaysia Harap Thailand-Kemboja Patuhi Gencatan Senjata

11/12/2025
0

SHAH ALAM - Malaysia berharap Thailand dan Kemboja mematuhi gencatan senjata dan melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Damai Kuala Lumpur demi menjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd