• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

oleh AK-47
18/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Polis semalam menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara, dengan sebilah parang di dalam kereta mereka.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, kejadian berlaku kira-kira 4.40 petang ketika suspek tiba di Pintu 3 Istana Negara dengan menaiki Perodua Kembara.

Katanya, mereka memberitahu anggota polis yang bertugas mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong. Setelah diperiksa, sebilah parang ditemui di dalam kenderaan suspek.

“Susulan pemeriksaan, pihak polis telah menahan orang lelaki warganegara tempatan berumur 29 tahun dan 37 tahun.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kes disiasat dibawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaandan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya1958.

“Kesemua suspek ditahan reman selama hari mulai 18 sehingga 21 Mei 2024bagi tujuan siasatan lanjut,” kata Rusdi dalam satu kenyataan hari ini.

Polis turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan berita tidak pasti mengenai kejadian itu.

Ini bukan kali pertama kejadian percubaan menceroboh istana berlaku.

Pada 2020, seorang bekas pekerja hotel dipenjara lima bulan kerana cuba memasuki istana Johor.

Pada tahun yang sama, seorang pemandu lori ditahan kerana cuba merempuh kenderaannya ke pintu pagar Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak. Suspek, Muhammad Lokman Mohamad Termizi, didapati memiliki pistol mainan, dan sebilah pisau selepas ditahan.

Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun sembilan bulan.

Tahun lalu, seorang peniaga roti canai dipenjara sebulan, dan didenda RM500 kerana cuba memasuki Istana Negara.

-Malaysia Kini

Tags: Istana NegaraParangTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd