• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak MB Perlis Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu Lebih RM19,000

oleh Mohd Arshad
23/05/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anak MB Perlis Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu Lebih RM19,000
Share on FacebookShare on Twitter

Anak lelaki kepada Menteri Besar Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 Februari lepas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan terhadap Mohd Syafeeq Mohd Shukri, 35, dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Dia dituduh memberi satu dokumen iaitu Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis kepada Nurul Nabilah Mohd Sukri yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran Daerah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, pada 19 Feb 2024 dengan niat memperdayakan prinsipalnya.

Mohd Syafeeq didakwa mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen tuntutan berjumlah RM19,505.10 bertarikah 14 Feb 2024 atas nama Mohd Farid Abdul Hamid berkaitan Perkhidmatan Menyediakan Minuman Untuk Kegunaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar itu mengandungi butir matan palsu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan Mohd Syafeeq diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 28 Jun untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Rehab Abdul Shukur manakala Mohd Syafeeq diwakili Peguam Mohd Fadhly Yaacob.

Mohd Syafeeq kemudian membayar wang jaminan berkenaan.

-Bernama

Tags: Anak MB PerlisTuntutan Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

29/04/2025
0

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk seorang bergelar datuk seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi...

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

17/10/2024
0

TAWAU: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 15 pertuduhan mengemukakan dokumen tuntutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd