• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pegawai Kastam Tidak Mengaku Ambil Dadah

oleh Mohd Arshad
08/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
4 Pegawai Kastam Tidak Mengaku Ambil Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Tiga pegawai dan seorang anggota penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malayia (JKDM) yang ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka ialah Norazmi Mohd Rashid, 40, Mohd Ruduan Yahya@Yahaya, 43, Mohamad Safiq Basman, 24, dan Salehudin Idres, 43.

Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa secara berasingan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Norazmi, Mohd Ruduan dan Mohamad Safiq didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamin, menthylenedioxy-amphetamin (MDA) dan methdylenedioxy-methamphetamin (MDMA).

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Manakala, Salehudin pula didakwa menggunakan dadah jenis amphetamin, MDA dan 3,4-methdylenedioxymethamphetamin (MDMA).

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 38B akta sama.

Hukuman bagi Seksyen 15 (1) (a) ialah denda tidak melebihi 5,000 atau penjara maksimum dua tahun manakala Seksyen 38B pula adalah pengawasan polis tidak kurang dua tahun.

Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, antara 6.40 hingga 7 pagi, 28 April lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan Nazihan Abdul Rahim.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 seorang.

Kes akan disebut semula pada 26 Jun ini untuk pengurusan dan juga serahan dokumen.

Pada 28 April lalu, polis Johor menyerbu sebuah pusat hiburan sebelum menahan 49 individu, termasuk 11 penjawat awam.

-Harian Metro

Tags: dadahpegawai kastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

03/01/2026
0

TAWAU: Demi upah lumayan, seorang pemuda berusia 19 tahun sanggup menjadi 'runner' dadah sebelum kegiatannya terbongkar apabila polis merampas lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd