• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

oleh Mohd Arshad
20/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi tempoh tiga hingga lima tahun bagi membolehkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menilai semula kriteria penilaian berkaitan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Zambry berkata, pihaknya memandang serius laporan dapatan audit MQA yang menunjukkan prestasi PPT Swaakreditasi kurang memuaskan sejak kebelakangan ini.

Justeru, beliau berkata, pelaksanaan moratorium itu bertujuan memastikan kelestarian kualiti, selain turut membabitkan pengauditan dan penambahbaikan berterusan yang lebih berstruktur terhadap semua PPT Swaakreditasi sedia ada.

Katanya, pelaksanaan itu wajar mengambil kira faktor penilaian yang telah dibentangkan dan keperluan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memelihara status PPT berprestij di negara ini.

Zambry berkata, beliau juga menyarankan setiap PPT Swaakreditasi memperkukuh Pusat Jaminan Kualiti dengan kakitangan mahir dan dilengkapi latihan yang diiktiraf MQA.

“Sebagai contoh, penyertaan program ‘Certified Quality Assurance Officer’ (CQA) perlu menjadi kriteria utama bagi kakitangan ditempatkan di Pusat Jaminan Kualiti universiti,” katanya dalam ucapan pada Sesi Libat Urus MQA bersama PPT Berstatus Swaakreditasi di Universiti Multimedia (MMU), hari ini.

Teks ucapan Zambry itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman. Program julung kali anjuran MQA dengan kerjasama MMU itu dihadiri 19 PPT membabitkan lapan universiti awam, tujuh universiti swasta dan empat universiti/kampus cawangan.

Laporan dapatan audit MQA telah merekodkan satu PPT mencatat skor 90; 80 (tujuh PPT); 70 (enam PPT); 60 (dua PPT); dan 50 (dua PPT).

Mengulas lanjut, Zambry berkata, setiap PPT Swaakreditasi mesti mendapatkan skor baik sekitar 80 dan untuk terus maju, pendekatan proaktif perlu diambil dalam usaha memastikan pendidikan tinggi negara sentiasa relevan, inovatif serta holistik.

Beliau berkata, usaha memperkasakan universiti dengan pendigitalan juga penting bagi menghadapi ekonomi digital dan memperluas akses kepada pendidikan tinggi bagi semua lapisan masyarakat.

“Selain itu, kerjasama dengan pihak industri juga perlu diadakan bagi mempertingkat dan memastikan kerelevanan program pendidikan dengan keperluan pasaran kritikal,” katanya.

-Berita Harian

Tags: PPT SwaakreditasiZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembantu Kafe UIA Mati Gantung Diri

Next Post

Kes Bom Ikan Di Gerik: Jabatan Perikanan Lengkapkan Siasatan

Related Posts

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

Serangan Ke Atas UMNO-PAS Cetus Melayufobia, Islamophobia

11/09/2019
0

IPOH - Serangan bertubi-tubi ke atas kerjasama antara UMNO dan PAS menyebabkan munculnya dua fenomena yang sangat serius sedang dihadapi...

Next Post
Kes Bom Ikan Di Gerik: Jabatan Perikanan Lengkapkan Siasatan

Kes Bom Ikan Di Gerik: Jabatan Perikanan Lengkapkan Siasatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd