• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Salur Bantuan Guaman Kepada Dr Akmal

oleh Mohd Arshad
05/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Najib Bersihkan Nama Saya Daripada Salah Laku – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: UMNO akan memberikan bantuan guaman kepada Ketua Pemuda, Dr Muhammad Akmal Saleh menerusi bantuan Peguam dan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata beliau sudah menghubungi Dr Akmal yang ditahan polis untuk proses mengambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan baik dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang menjalankan tugas.

“Menurut Dr Akmal beliau dijadualkan dipanggil memberikan keterangan di Kuala Lumpur esok, namun ditahan setibanya di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah Dr Akmal baru saja dibebaskan selepas memberikan keterangan sebentar tadi,” katanya.

Asyraf Wajdi kini berada di Makkah bersama keluarga dan dijangka menyambut Aidilfitri di sana.

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Dr Akmal yang juga EXCO Melaka ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi.

Beliau berkata, Dr Akmal ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi ini susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

“Dua laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah berhubung ucapan dan tindakannya mengenai isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart,” katanya.

BHonline-

Tags: Bantuan GuamanDr AkmalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd