• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

oleh Mohd Arshad
09/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 400 sampel akan diambil Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) sebelum temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 membuka tirainya pada Ogos ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Azura Bidin yang turut menyatakan sampel berkenaan akan diambil daripada atlet dari sukan berisiko tinggi seperti angkat berat.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal baru-baru ini, mesyuarat bersetuju ADAMAS membuat saringan khas untuk atlet angkat berat, sama seperti dilakukan sebelum ini di Kuala Lumpur (SUKMA KL 2022).

“Kita tak akan dedahkan bila akan buat tetapi pastinya sebelum SUKMA (Ogos). Dalam masa sama, kita juga akan buat siri pendidikan terutama di lokasi utama venue seperti di Kuching.

“Kita sasarkan lebih kurang 400 sampel akan diambil sebelum SUKMA bermula yang akan membabitkan sukan berisiko tinggi, sama seperti sebelum ini,” kata Azura yang turut memaklumkan pihak penganjur dan juga ADAMAS mengharapkan temasya kali ini bebas doping.

“Memang hasrat kami adalah untuk ‘zero doping’ pada SUKMA kali ini dan Sarawak pun berhasrat menjadi penganjur paling berjaya bukan sahaja dari segi penganjuran tetapi juga dari segi pencapaian atlet.

“Jadi kami menggalakkan semua negeri datang dan bertanding secara bersih. Harap kali ini, ‘zero doping’. Apa pun kita tak boleh jamin tetapi sering memperingati mereka,” kata Azura.

Pada edisi 2022, sebanyak lima kes doping dikesan sebelum dan semasa pertandingan dengan kesemuanya membabitkan sukan angkat berat.

Pada ketika temasya berlangsung, sukan berat hampir tidak dipertandingkan selepas Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) bertindak menarik diri daripada mengendalikan temasya berkenaan susulan kes doping yang sering menghantui sukan berkenaan.

Ia susulan tiga atlet berat terbabit dengan doping sebelum temasya bermula namun pihak sekretariat SUKMA 2022 di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) memutuskan untuk tetap mempertandingkan sukan angkat berat biarpun tanpa pembabitan PABM yang menyaksikan semua rekod yang dicipta di temasya berkenaan tidak diiktiraf.

BHonline-

Tags: ADAMASDopingSUKMA Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pan Borneo Sarawak Fasa 1 Buka Sepenuhnya Suku Kedua Tahun Ini

Next Post

Samun Warga Asing, 7 Termasuk 5 Anggota Polis Ditahan

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Sukan Asia: Tiada Atlet Malaysia Positif Doping Setakat Ini

14/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Tiada dalam kalangan atlet Malaysia diuji positif dalam ujian doping Pra Sukan Asia yang dijalankan Agensi Anti-Doping...

Next Post
Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

Samun Warga Asing, 7 Termasuk 5 Anggota Polis Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd