• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samun Warga Asing, 7 Termasuk 5 Anggota Polis Ditahan

oleh Mohd Arshad
09/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
42
Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Tujuh orang termasuk lima anggota polis ditahan selepas menyamun lelaki warga asing menyebabkan kerugian RM260,000 di sebuah residen di Jalan Tun Razak, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes samun dan menyamar polis membabitkan seorang lelaki warga asing yang mengalami kerugian jam tangan dan wang tunai.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Bertindak atas maklumat risikan, pada jam 11.50 malam kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menahan tiga lelaki.

“Hasil daripada tangkapan pertama membawa kepada tangkapan empat lagi lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata, dalam siasatan ini, polis menahan seramai lima anggota polis, seorang bekas polis dan seorang orang awam berusia 28 hingga 41 tahun.

“Suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan.

“Kes ini masih dalam siasatan di mana pihak polis tidak melindungi individu termasuk pegawainya sendiri yang melakukan kesalahan di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, orang awam juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan ataupun menimbulkan sebarang kegusaran awam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Sabtu lalu, pengawal keselamatan yang sedang bertugas di residen Jalan Tun Razak bersama rakannya didatangi suspek memperkenalkan anggota polis.

Mereka kemudian meminta pengawal keselamatan itu membawa ke tingkat lima sebelum meminta pengawal keselamatan itu beredar.

Kemudian pada jam 11 malam, suspek beredar dari kediaman terbabit dengan kereta dan motosikal.

Selepas itu datang pasangan warga asing berjumpa dengan pengawal keselamatan memberitahu wang tunai dan barangan kemas mereka hilang.

HarianMetro-

Tags: ditahanpolissamun warga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sekitar 400 Sampel Akan Diambil ADAMAS Sebelum SUKMA Sarawak Bermula

Next Post

Lima Pemimpin Kanan PKR Dilantik Sekretariat Pejabat Presiden Parti

Related Posts

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

11/08/2025
0

SIPITANG: Polis meningkatkan rondaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini bagi memastikan keselamatan dan privasi penduduk susulan...

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Next Post
Samun Warga Asing, 7 Termasuk 5 Anggota Polis Ditahan

Lima Pemimpin Kanan PKR Dilantik Sekretariat Pejabat Presiden Parti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd