• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Lelaki Rakam Video Wanita Dalam Tandas

oleh Mohd Arshad
17/04/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Warga Emas Maut Digilis Treler
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang lelaki selepas disyaki merakam seorang wanita di dalam tandas di sebuah pusat beli-belah bebas cukai di Jalan Haji Saman, di sini, 6 April lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa wanita yang berusia dalam lingkungan 20 tahun, jam 3.34 petang, pada 7 April lalu.

Katanya, mangsa menyedari ada individu tidak dikenali sedang memegang telefon bimbit di bawah pintu tandas kira-kira jam 8.40 malam.

“Tindakan suspek dipercayai untuk merakam gambar atau video mangsa di dalam bilik tandas berkenaan.

“Hasil semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah berkenaan mendapati suspek seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan memakai baju berwarna hitam serta seluar coklat ketika kejadian.

“Suspek juga mempunyai misai, berjanggut nipis dan berselipar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Zaidi meminta orang ramai yang ada maklumat mengenai individu dalam rakaman CCTV itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Wan Azman Mat Salleh di talian 012-8260050 bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

BHonline-

Tags: lelakipolisrakam videoWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd