• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemotongan Subsidi Bahan Api Diteruskan Tahun Ini – Rafizi

oleh AK-47
18/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pemotongan Subsidi Bahan Api Diteruskan Tahun Ini – Rafizi
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan akan meneruskan tindakan untuk memotong subsidi bahan api pada tahun ini bagi mengurangkan defisit fiskal negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Memetik laporan Bloomberg, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan, langkah itu perlu dibuat bagi menguruskan kesan berantai daripada pemotongan subsidi berkenaan dengan mengambil kira kemungkinan berlaku peningkatan inflasi sebelum pelaksanaannya.

“Kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan, susulan jangkaan rasionalisasi bahan api tersebut.

“Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakan tindakan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi turut memaklumkan bahawa garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi bagi mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus.

Tambah beliau, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membatalkan subsidi besar dan meluaskan asas pendapatan untuk meningkatkan keyakinan pelabur di negara ini.

“Kerajaan merancang untuk mengecilkan defisit belanjawan kepada 4.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar tahun ini berbanding 5 peratus tahun lalu. Pelabur tidak sabar dengan pelancaran lambat pembaharuan yang dijanjikan.

“Walaupun ringgit merosot kira-kira 4 peratus tahun ini dan menghampiri paras paling lemah sejak krisis kewangan Asia 1998. Saya tidak terlalu mengambil berat tentang prestasi mata wang kerana ia tidak menjejaskan minat pelabur asing dan tidak menghalang hasrat kerajaan,” ujarnya.

Tambah beliau, kaedah kepada alternatif tersebut adalah untuk membuat perubahan struktur kepada ekonomi dengan mewujudkan salah satu ekosistem permulaan terbaik dunia di Malaysia.

Menurutnya, kerajaan berusaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi syarikat baharu global untuk memanfaatkan pembiayaan dan juga memberi perkhidmatan kepada pasaran Asia Tenggara yang lebih besar.

“Malaysia sepatutnya menjadi tempat yang lebih baik untuk syarikat baharu dalam sektor teknologi dan digital dengan mengambil kira semua kelebihan yang dimiliki.

“Kerajaan kini sedang menumpukan usaha bagi mewujudkan salah satu ekosistem ‘start-up’ terbaik dunia dalam negara.

Pada masa sama, Khazanah Nasional Bhd akan mewujudkan ‘super fund’ bersama dana berdaulat lain untuk melabur dalam syarikat permulaan, yang diharapkan kerajaan bakal menarik firma modal usaha niaga ke dalam negara.

-Malaysia Kini

Tags: Rafizi RamliSubsidi Bahan Api
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd