• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat

oleh Mohd Arshad
28/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pejabat Simpan Resit, Kompaun MBKT Terbakar Mungkin Kerana Khianat
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan kebakaran yang berlaku di pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di kawasan parkir berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini hari ini dipercayai akibat perbuatan khianat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian yang dipercayai berlaku jam 1 tengah hari itu menyebabkan pejabat yang menempatkan resit dan kompaun itu terbakar kira-kira 40 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata, seramai 17 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan jam 1.13 tengah hari.

Beliau berkata, api merebak dengan cepat memandangkan bilik berkenaan menempatkan salinan resit dan kompaun.

“Kita berjaya mengawal api daripada terus merebak dengan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira satu jam kemudian.

“Ketika kejadian, tiada mangsa di lokasi berkenaan memandangkan pejabat berkenaan yang berada di tingkat empat tidak lagi digunakan sejak Disember 2022,” katanya.

Rozizah berkata, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu memandangkan pejabat berkenaan berkunci.

Katanya, jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan, mungkin (berpunca) perbuatan khianat tetapi akan disahkan berdasarkan kesan-kesan kebakaran,” katanya.

-Harian Metro

Tags: khianatkompaunMBKTresit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Kasino: Peguam Kesal Badrul Ditahan

Next Post

Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Taja 36 Jemaah Haji

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

14 Ditahan Kerana Merusuh, Khianat

05/03/2025
3

Johor Bahru : Polis menahan 14 lelaki yang dipercayai terbabit kes merusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan, di...

Next Post
Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Taja 36 Jemaah Haji

Sultan Selangor Titah Kerajaan Negeri Taja 36 Jemaah Haji

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd