• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Israel Disambung Reman 7 Hari

oleh Mohd Arshad
07/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol bersama 200 butir peluru, disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata permohonan sambung reman terhadap Shalom Avitan, 38, dibuat bagi membolehkan siasatan dilengkapkan secara terperinci selepas tempoh terdahulu berakhir hari ini.

“Kita masih memerlukan sedikit masa untuk mengumpulkan segala bukti kukuh berkaitan suspek utama ini (Shalom) dan pasangan suami isteri tempatan yang turut disambung reman pada Jumaat lalu.

“Buat masa ini, pihak kita (polis) masih meneliti motif utama Shalom memiliki enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru.

“Siasatan masih dibuat terhadap kesemua 15 individu yang ditahan, termasuk Shalom dan pasangan suami isteri warga tempatan terbabit,” katanya kepada BH, hari ini.

Razarudin berkata, salah seorang suspek yang berperanan sebagai pemandu kepada Shalom dan ditahan di Cameron Highlands pada 29 Mac lalu, sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan terhadapnya selesai dijalankan.

Secara keseluruhan, beliau berkata, jumlah individu ditahan ketika ini adalah seramai 15 orang termasuk dua lelaki warga Turkiye dan seorang lelaki warga Georgia.

Pada 27 Mac lalu, Shalom – warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis – ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang, di sini, selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger berserta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Hasil siasatan awal oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas (SB), mendapati Shalom yang memasuki negara ini pada 12 Mac lalu melalui penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan pasport kewarganegaraan Perancis, didakwa merancang untuk membunuh ketua kepada satu keluarga kumpulan penjenayah yang berseteru dengan keluarganya.

Susulan soal siasat ke atas Shalom, polis kemudian memberkas sepasang suami isteri berusia 42 dan 40 tahun di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac lalu, yang disyaki menjual enam senjata api kepada Shalom, selain membawa kepada penemuan sepucuk lagi pistol di dalam beg sandang dalam kereta milik pasangan terbabit.

Pasukan khas polis dari JSJ Bukit Aman, Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kemudian menahan 12 lagi individu melalui beberapa siri serbuan di Johor, Kelantan serta Lembah Klang.

Kesemua mereka disiasat kerana disyaki terbabit pengedaran senjata api yang dirampas, aktiviti pembayaran wang kripto untuk urusan pembelian senjata, dan kesalahan-kesalahan berkaitan.

BHonline-

Tags: DiremanlelakiWarga Israel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

Next Post

Kertas Siasatan Dr Akmal Dijangka Siap Dalam Tempoh Tujuh Hari – KPN

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

Penjelasan Skandal ‘CCTV Dan Wiring’

28/05/2025
0

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang guru...

Next Post
Lelaki Warga Israel Disambung Reman 7 Hari

Kertas Siasatan Dr Akmal Dijangka Siap Dalam Tempoh Tujuh Hari - KPN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd