• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Perluas Pengambilan Calon Guru PISMP Kepada Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

oleh Mohd Arshad
13/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Prabowo Runding Lantikan Kabinet Dengan Sekutu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu kekurangan guru, Kementerian Pendidikan (KPM) meluaskan pengambilan calon guru kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, inisiatif pengambilan calon guru membabitkan lepasan STPM, STAM dan Program Matrikulasi itu adalah bagi mengikuti latihan pra perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Mengulas lanjut, katanya langkah meluaskan pengambilan calon guru tajaan KPM itu bermula bagi pengambilan tahun ini.

“Ini adalah inisiatif KPM bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.

“Ia juga dapat memastikan calon terbaik dapat dipilih bagi mengikuti program ini selain membuktikan komitmen berterusan KPM dalam menangani isu kekurangan guru.

“Inisiatif ini juga bagi memastikan kualiti calon guru terbaik yang dapat menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, menurut KPM, calon yang terpilih akan dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun.

Sebelum ini pelbagai laporan dibuat media susulan kekurangan guru malah pada November lalu, KPM mengakui mengalami kira-kira 20,000 kekurangan guru susulan guru bersara wajib dan guru bersara pilihan.

KPM sebelum ini turut memberi jaminan isu kekurangan guru di semua jenis sekolah di negara ini adalah bersifat sementara dan akan diselesaikan mengikut keperluan sekolah, opsyen dan situasi pendidikan semasa.

Menterinya, Fadhlina Sidek, dilaporkan berkata sehingga 31 Oktober lalu, bilangan keseluruhan kekosongan guru sudah dikenal pasti dengan peratusan tertinggi direkodkan di sekolah kebangsaan (SK).

Pihak KPM mengakui terdapat kekosongan bilangan guru di semua sekolah di SK iaitu 4.8 peratus, diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 3.69 peratus dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sebanyak 1.94 peratus.

BHonline-

Tags: Calon Guru PISMPKPMmatrikulasiSTAMSTPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd