• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

oleh Mohd Arshad
14/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin susulan perkembangan terbaru serangan balas Iran terhadap Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata setakat ini, Tabung Haji (TH) masih meneruskan persiapan bagi musim haji 2024 seperti dirancang.

“Semua pihak dimohon untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memantau situasi terkini di Asia Barat susulan serangan balas Iran terhadap Israel semalam.

“Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,” katanya.

Serangan Iran ke atas Israel itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria, 1 April lalu yang mengorbankan tujuh Pengawal Revolusi termasuk dua daripadanya jeneral.

Tehran sejak itu berikrar membalas dendam terhadap serangan yang didakwa dilakukan Israel, malah Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berjanji, rejim jahat Israel akan dihukum.

Media Iran menyifatkan serangan ke atas Israel sebagai kompleks kerana ia turut membabitkan sekutu Iran di Yaman, Lubnan dan Iraq.

BHonline-

Tags: Konflik Iran-IsraelMusim hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Next Post

IRGC Beri Amaran Tindak Balas Lebih Besar

Related Posts

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Subsidi Haji Bersasar Adil, Kurangkan Beban Tabung Haji

24/04/2022
0

PETALING JAYA : Pelaksanaan subsidi haji secara bersasar dilihat pendekatan wajar oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bagi memastikan golongan...

Next Post
Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

IRGC Beri Amaran Tindak Balas Lebih Besar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd