• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKIM Beri Peringatan Tegas Kepada Vern’s

oleh Mohd Arshad
08/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Orang Utan Jadikan Pokok Kelapa Sawit Sebagai Sarang, Makan Buah Sawit – Kajian
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi peringatan tegas kepada syarikat Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) yang mengeluarkan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah, supaya cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu sensitif membabitkan agama serta kaum.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah JAKIM, Datin Hakimah Mohd Yusoff, berkata peringatan sama turut diberikan kepada semua pengusaha, pengilang, pembekal dan pengimport.

“Hari ini, JAKIM mengadakan pertemuan dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s, Datuk Seri Ng Chuan Hoo, bagi tujuan siasatan serta meminta penjelasan mengenainya dan langkah pihak syarikat itu untuk mengelak isu seumpama daripada berulang.

“Pihak Vern’s sudah menjelaskan kedudukan sebenar isu terbabit dan memohon maaf. Pihak syarikat itu sudah mengambil tindakan drastik dengan menarik balik serta-merta produk terbabit dari lebih 70 cawangan Vern’s di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hakimah berkata, JAKIM menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan siasatan lanjut dan sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut terbabit, maka tindakan sewajarnya perlu diambil berlandaskan undang-undang di negara ini.

Beliau menegaskan, JAKIM tidak mahu kes itu berulang lagi pada masa akan datang sama ada oleh Vern’s atau pihak lain yang menghasilkan produk jualan.

“Pada masa sama, semua pihak dinasihatkan tidak membangkitkan isu yang menyentuh aspek 3R (agama, raja dan kaum) yang boleh menimbulkan ketegangan serta menjejaskan keharmonian.

“JAKIM juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan memandangkan kes ini sudahpun dibuka kertas siasatan oleh PDRM,” katanya.

Terdahulu, Chuan Hoo hadir di Ibu Pejabat JAKIM kira-kira jam 11 pagi tadi untuk memberi penjelasan berhubung logo produk kasutnya yang didakwa mirip kalimah Allah.

Proses memberi penjelasan itu berlangsung selama kira-kira sejam sebelum lelaki berusia 51 tahun itu dilihat meninggalkan pekarangan bangunan JAKIM pada jam 12 tengah hari.

BHonline-

Tags: Jakimperingatan tegasVern's
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Orang Utan Jadikan Pokok Kelapa Sawit Sebagai Sarang, Makan Buah Sawit – Kajian

Next Post

Rundingan Gencatan Senjata Capai ‘Kemajuan Ketara’

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

Next Post
JAKIM Beri Peringatan Tegas Kepada Vern’s

Rundingan Gencatan Senjata Capai 'Kemajuan Ketara'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd