• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

oleh AK-47
20/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak kepada pengikutnya di Facebook baru-baru ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

CIA menerusi hantaran tersebut turut memaklumkan bahawa nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan negara dan antara makanan sarapan pagi popular untuk orang Melayu.

“Namanya dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘nasi lemak’ kerana proses penyediaan juadah tersebut menjadi ia berlemak dan penuh rasa.

“Ia terdiri daripada nasi wangi yang dimasak dalam santan dengan daun pandan, serai, halia dan rempah ratus yang lain.

“Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama telur rebus, ikan bilis goreng, pes sambal dan kacang tanah panggang,” katanya dalam hantaran pada Sabtu.

Dalam pada itu, ujar CIA, perkongsian tersebut merupakan sebahagian maklumat daripada Buku Fakta Dunia milik agensi berkenaan.

“Buku Fakta Dunia CIA ialah sumber awam yang menyediakan risikan asas mengenai 266 entiti dunia, termasuk fakta perjalanan dan profil negara,” ujarnya.

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang dan meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Salah seorang pengguna Facebook, Is Mohd mengucapkan terima kasih kepada CIA kerana mempromosikan masakan di negara ini.

“Terima kasih CIA untuk masa dan sokongan terhadap makanan Malaysia.

Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook, Helvin Henry turut mengingatkan netizen supaya tidak meninggalkan komen yang keterlaluan bagi menjaga imej negara.

“Komen elok-elok. (Negara) Kita dah di peringkat antarabangsa, jangan buat malu negara,” menurutnya.

-Sinar Harian

Tags: CIAHantaran Faktanasi lemak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RM80 Juta Wujudkan Pusat Jantung Negara Sabah – PM

Next Post

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Related Posts

CIA Gelar Senoi Praaq ‘Silent Killer’ – PGA

26/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Gelaran ‘Silent Killer’ (pembunuh senyap) diberikan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika...

CIA Jual Alat Intipan Dimanipulasi Kepada 120 Negara

12/02/2020
0

PETALING JAYA - Malaysia antara 120 negara membeli alat penyulitan yang dimanipulasikan dari sebuah syarikat Swiss dimiliki secara rahsia oleh...

Next Post
Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd