• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Tidak Teruskan Khidmat Sebagai Pengerusi MKI

oleh Mohd Arshad
07/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia, Australia Jalin Hubungan Ekonomi Lebih Kukuh Menerusi Empat Kerangka Utama
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berhasrat menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas tempoh perkhidmatan baginda tamat pada 9 Mac ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut kenyataan Selangor Royal Office dalam Facebook hari ini, baginda menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih seorang pengerusi baharu bagi MKI.

Baginda mula menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI pada 10 Mac 2022 sehingga 9 Mac 2024, menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih seorang Pengerusi baharu dalam kalangan Raja Pemerintah supaya kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI akan terus dapat dilaksanakan dengan lebih baik di bawah kepemimpinan Pengerusi baharu.

Ketika berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkap Setiausaha MKI, Datin Hakimah Mohd Yusoff dan Sekretariat MKI, Sultan Sharafuddin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen semua ahli mesyuarat, wakil dari semua negeri dan JAKIM selaku Sekretariat MKI yang sudah melaksanakan tugas dengan efektif sehingga membolehkan semua mesyuarat MKI dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Pada mesyuarat terakhir bersama Jawatankuasa ini, baginda menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap kerjasama yang diberikan ahli-ahli Jawatankuasa dan Sekretariat sepanjang baginda memegang jawatan sebagai Pengerusi MKI.

“Baginda turut menyemak semua minit mesyuarat lalu dan memastikan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan, menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Baginda menegaskan, sepanjang bertindak sebagai Pengerusi MKI, menjadi kewajipan baginda untuk sentiasa mengangkat dan mempertahankan syiar agama Islam di Malaysia dalam setiap keputusan yang dibuat secara muzakarah,” kata Selangor Royal Office.

Peraturan 2(1) Peraturan-Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2022 menetapkan Pengerusi MKI hendaklah dipilih daripada kalangan Raja Pemerintah oleh Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui.

BHonline-

Tags: MKISultan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia, Australia Jalin Hubungan Ekonomi Lebih Kukuh Menerusi Empat Kerangka Utama

Next Post

Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post
Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd