• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SK Cyberjaya (2) Dijangka Siap 2028 Tangani Isu Kepadatan Murid

oleh Mohd Arshad
21/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya (2) dijangka siap pada 2028 bagi menangani isu kepadatan murid seperti yang dilaporkan sebelum ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Penolong Pengarah Bahagian, Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM, Dr Wan Noor Azhar Wan Sulaiman berkata, permohonan pembinaan baharu sekolah berkenaan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) RP3 (tahun 2023).

“Status terkini projek ini berada dalam proses perolehan. Sekolah baharu ini bakal dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain mengikut konsep reka serta bina bagi mempercepatkan proses pembinaan,” katanya dalam Wacana edisi 434 bertajuk ‘Dah 2024, masih isu kelas padat?’ pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya mempunyai 13 kelas untuk murid Tahun Satu dengan menempatkan seramai 50 orang setiap bilik darjah.

Perkara itu mendapat perhatian pakar pendidikan yang menyuarakan kebimbangan jika masalah murid padat di negara ini tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan kualiti, motivasi serta tumpuan murid untuk belajar terus merosot manakala guru hilang fokus.

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad dan pesara guru, Dr Murni Hussin yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Tambah Dr Wan Noor Azhar, KPM turut mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengatasi isu kepadatan di sekolah berkenaan seperti penyuraian murid Tahun Satu ke enam buah sekolah yang berdekatan seperti; SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2, SK Dengkil, SK Desa Pinggiran Putra, SK Bandar Baru Salak Tinggi dan SK Kota Warisan.

Jelas beliau, KPM turut membina kabin yang mengandungi 12 buah bilik darjah tambahan bagi menampung kepadatan di SK Cyberjaya.

“Langkah penyuraian murid di SK Cyberjaya merupakan langkah yang memang telah diambil saban tahun sejak tahun 2021 lagi.

“Sukacita saya maklumkan kepada masyarakat bahawa isu kepadatan adalah kerana sekolah ini merupakan pilihan ibu bapa seperti di SK Cyberjaya,” katanya.

Ujarnya lagi, berdasarkan maklumat dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, terdapat segelintir ibu bapa yang mendesak agar anak-anak mereka ditempatkan di sekolah tersebut biarpun tiada kekosongan.

SinarHarian-

Tags: kepadatan muridKPMSK Cyberjaya (2)
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd