• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

oleh Mohd Arshad
21/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SK Cyberjaya (2) Dijangka Siap 2028 Tangani Isu Kepadatan Murid
Share on FacebookShare on Twitter

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua parti Fine Gael dalam gabungan pemerintah dengan menyatakan alasan `peribadi dan politik’ sebagai punca.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tindakannya itu disifatkan pakar sebagai langkah mengejut atau ‘gempa politik’ iaitu hanya 10 minggu sebelum Ireland mengadakan pilihan raya tempatan dan Parlimen Eropah.

Pilihan raya umum pula perlu diadakan dalam tempoh setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Micheal Martin yang juga ketua rakan gabungan Parti Fianna Fail, berkata pengumuman Varadkar suatu yang tidak diduga tetapi menjangkakan kerajaan akan terus memerintah sehingga penggal berakhir.

Varadkar yang menjawat jawatan Perdana Menteri pada usia 45 tahun dan kekal sebagai seorang pemimpin termuda Ireland, berkata dia merasakan bukan lagi `orang terbaik’ untuk memimpin negara.

“Ahli politik adalah manusia. Kami mempunyai batasan. Kami memberikan segala-galanya sehingga kami tidak mampu lagi dan kemudian kami perlu berubah,” katanya sambil percaya kerajaan boleh dipilih semula.

Varadkar percaya Perdana Menteri baharu akan lebih bagus berbanding dirinya untuk mencapai, memperbaharui dan mengukuhkan pasukan teratas, sekali gus memfokus semula mesej dan dasar serta memacu pelaksanaan.

“Selepas tujuh tahun memegang jawatan, saya bukan lagi orang terbaik untuk kerja itu.

“Saya meletakkan jawatan sebagai presiden dalam kepimpinan Parti Fine Gael serta jawatan sebagai Perdana Menteri sebaik pengganti saya dilantik.

“Alasan saya berundur sekarang adalah peribadi dan politik, tetapi ia lebih kepada politik,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Awal bulan ini, Varadkar dipersalahkan secara meluas atas kekalahan berganda termasuk membabitkan referendum terbesar yang pernah berlaku oleh kerajaan berkaitan cadangan untuk reformasi kepada wanita, keluarga dan penjagaan dalam perlembagaan Ireland.

Varadkar berkata, partinya yang berhaluan kanan tengah, Fine Gael akan mengadakan pemilihan kepimpinan dan beliau akan kekal sebagai perdana menteri sehingga pemimpin baharu itu dipilih dan selepas Parlimen kembali dari rehat bulan depan.

Beliau pertama kali menjadi perdana menteri pada Jun 2017, termuda pernah memegang jawatan itu selain selaku perdana menteri gay pertama Ireland secara terbuka dan daripada latar belakang etnik minoriti.

Beliau meletakkan jawatan sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan parti pembangkang selepas prestasi buruk partinya pada pilihan raya umum 2020, tetapi mengambil alih buat kali kedua pada 2022 sebagai sebahagian daripada perjanjian yang sama.

Di London, jurucakap Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak mengucapkan selamat maju jaya dan akan terus bekerjasama rapat dengannya ketika pengganti sedang dicari.

Pengganti Varadkar yang berpotensi termasuk Menteri Kabinet, Simon Harris (pendidikan), Simon Coveney (perdagangan), dan Helen McEntee (keadilan).

Penganalisis politik berkata, pilihan raya dijangka tidak akan diadakan susulan pengumuman itu, walaupun parti pembangkang menuntut undian dilakukan.

BHonline-

Tags: gayIrelandletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik PM

Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik PM

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengumumkan peletakan jawatannya, hari ini. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd