• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Mahu LHDN Kutip Lebih Banyak Hasil Tahun Ini

oleh AK-47
01/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Anwar Mahu LHDN Kutip Lebih Banyak Hasil Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat mengutip lebih banyak hasil pada tahun ini berbanding unjuran ditetapkan sebanyak RM197 bilion.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata, LHDN telah berjaya mencipta sejarah baharu kutipan cukai negara pada tahun lepas iaitu sebanyak RM183.34 bilion, melebihi RM7.8 bilion atau 4.49 peratus daripada jumlah kutipan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, beliau berkata pada hakikatnya, Malaysia masih mempunyai asas cukai yang rendah iaitu sekitar 11.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding negara jiran lain seperti Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

Sehubungan itu, beliau menggesa syarikat dan individu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan tampil membayar cukai.

“Bilangan syarikat yang membayar cukai masih rendah iaitu sekitar 435,000 syarikat berbanding 1.5 juta syarikat berdaftar di Malaysia.

“Ini bermakna kurang daripada 29 peratus syarikat berdaftar yang membayar cukai,” kata beliau pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember 2023, jumlah pembayar cukai individu adalah sebanyak 5.7 juta dengan hasil kutipan RM40.96 bilion dan bagi syarikat pula adalah sebanyak 539,113 dengan hasil kutipan RM98.77 bilion.

Anwar berkata, tidak menafikan langkah-langkah yang telah diambil oleh LHDN telah berjaya meningkatkan hasil negara.

Beliau berkata, peningkatan hasil kutipan cukai akan menguntungkan rakyat yang memerlukan.

“Peningkatan hasil daripada usaha LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah membantu menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah digandakan bayarannya sementelahan jumlah penerima melonjak kepada 700,000 berbanding 210,000 tahun lepas,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq berkata, pihaknya akan meluncurkan lima produk perkhidmatan digital baharu iaitu e-CKM (Cukai Keuntungan Modal), HASiL Tax HTB 2023, Profiling Information Systems (PINS), e-Sekatan Perjalanan dan Behavioural Insights Tools: Compliance Empowerment.

Beliau berkata, tumpuan akan diberikan kepada isu ketirisan cukai melibatkan individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai, pendapatan dari Malaysia yang disimpan dalam akaun luar negara yang belum dilapor, transaksi rentas sempadan, harga pindahan domestik, aktiviti dalam talian dan kes-kes ekonomi bayangan.

“Perlaksanaan E-Invois juga adalah inisiatif utama HASiL pada tahun 2024,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: LHDNpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

LHDN Terima 820.5 Juta E-Invois Sejak Dilaksana Ogos 2024

22/12/2025
0

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 820.5 juta e-Invois sejak ia mula dilaksanakan pada 1 Ogos 2024. Ketua Pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd