• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Kenderaan Mewah Bernilai RM6 Juta Disita

oleh Mohd Arshad
17/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Didenda RM3,000 Mengaku Salah Cabul Jemaah Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik individu yang dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Operasi besar-besaran yang dijalankan itu turut membongkar tindakan sindiket yang dipercayai memberi wang rasuah lebih RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi melancarkan kegiatan penyeludupan terbabit.

Menurut sumber, kesemua kenderaan mewah itu disita Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM.

“Antara kenderaan mewah berkenaan terdiri daripada dua Lamborghini, (1) Lexus, (1) Mercedes, (1) BMW, (1) Volvo dan (2) Toyota.

“Operasi serta serbuan ini turut dijalankan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya.

Tambahnya, kesemua kenderaan ini disita daripada beberapa individu terlibat.

“Kesemua mereka ini terdiri daripada individu yang berjawatan sebagai pemilik syarikat serta orang tengah yang membuat bayaran wang sogokan kepada pegawai-pegawai di sebuah agensi penguat kuasa.”

“Siasatan turut mendapati sindiket dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan syarikat hantu melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen,” katanya.

Jelasnya, kegiatan haram ini dipercayai telah menyebabkan ketirisan hasil cukai yang dianggarkan lebih daripada RM400 juta.

“Sindiket dipercayai menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan tindakan dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” katanya.

SinarHarian-

Tags: Disitakenderaan mewah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita

10/12/2024
0

DAMANSARA - Pelbagai barangan rumah milik aktres Rozita Che Wan bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah pada Selasa. IKUTI...

3,000 Pengunjung Saksi Fenomena Laut Terbelah Di Langkawi

Ferrari Antara Kenderaan Disita Dalam Operasi

11/02/2024
0

Kuantan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menyita sebuah kereta Ferrari kerana didapati mempamerkan nombor pendaftaran milik kenderaan lain dalam Operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd