• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jongkong Emas RM6 Juta, Bekas Pegawai Bank Hadapi 80 Pertuduhan

oleh Mohd Arshad
27/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kes Jongkong Emas RM6 Juta, Bekas Pegawai Bank Hadapi 80 Pertuduhan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang bekas pengurus perhubungan pelanggan sebuah bank antarabangsa didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 80 pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, pemalsuan dokumen dan menipu berkait 155 jongkong emas bernilai lebih RM6 juta milik pelanggan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, didakwa di hadapan Hakim Azrul Darus mengikut beberapa peruntukan di bawah Kanun Keseksaan melakukan jenayah itu antara 2020 hingga 2021.

Bagi 26 pertuduhan menipu, dia yang belum berkahwin, didakwa menipu beberapa pegawai bank berkenaan dengan memperdaya mereka untuk mempercayai beberapa pelanggan hendak mengeluarkan dan membeli 155 jongkong emas.

Emas dengan berat berbeza-beza itu didakwa mahu dikeluarkan dan dibeli menggunakan borang Gold Safe Keeping Service Withdrawal Form yang dikatakan ditandatangani pelanggan.

Semua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank cawangan Bangsar, di sini, antara jam 2 petang hingga 4.30 petang 14 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi 46 pertuduhan pemalsuan dokumen, Mohd Saibulrijal didakwa menggunakan dokumen tulen di bank sama, antara jam 9 pagi hingga 4 petang, antara 15 Oktober 2019 hingga 13 Januari 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa menyalahgunakan harta, iaitu 33 jongkong emas berat antara 0.05 hingga satu kilogram milik tiga wanita pelanggan bank itu. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 12 hingga 24 Ogos 2021.

Mohd Saibulrijal didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan bagi tuduhan salah guna harta.

Bagi tuduhan pecah amanah jenayah, dia dituduh menyalahgunakan harta, iaitu dua jongkong emas yang setiap satu seberat 500 gram, kepunyaan seorang wanita bergelar Datin berusia 75 tahun.

Bagi kesalahan itu, lelaki berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Zainal, manakala Mohd Saibulrijal tidak diwakili peguam.

Dalam rayuan mengurangkan ikat jamin, tertuduh memberi alasan berdepan satu lagi pertuduhan di mahkamah berbeza, masih dalam reman dan dalam proses dikenakan tindakan perundangan oleh bank berkenaan.

“Pasport saya setakat ini sudah ditahan dan tidak boleh ke mana-mana, mohon jaminan dikurangkan dan mahkamah beri ruang kepada saya untuk berbincang dengan keluarga untuk lantikan peguam,” katanya.

Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin RM465,000 bagi keseluruhan kes berserta syarat tambahan pasport perlu diserah kepada mahkamah sebelum menetapkan 26 April depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Julai tahun lalu, media melaporkan Mohd Saibulrijal dibebaskan daripada lima kes memalsukan dokumen dan menipu dalam transaksi jongkong emas, namun dituduh semula atas 47 pertuduhan menipu membabitkan kerugian sebanyak RM3.1 juta, antara Mac dan Jun 2021.

-Berita Harian

Tags: Kes Jongkong Emas RM6 Jutapertuduhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok

Perbicaraan Muhammad Sanusi Atas Pertuduhan Menghasut Bermula Esok

21/07/2024
2

Kuala Lumpur : Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd