• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Batik Air Tertidur Di Tengah Penerbangan

oleh Mohd Arshad
09/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Arab Saudi Hadkan Halaman Sekitar Kaabah Hanya Kepada Jemaah Umrah
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kejadian itu didedahkan dalam laporan awal oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) Indonesia, lapor AFP.

Menurut laporan itu lagi, salah seorang juruterbang tidak berehat secukupnya pada malam sebelum penerbangan.

Kira-kira setengah jam selepas pesawat itu berlepas, kapten pesawat meminta kebenaran daripada pembantu juruterbang untuk berehat seketika.

Pembantu juruterbang itu kemudian mengambil alih pesawat, tetapi secara tidak sengaja turut tertidur, kata laporan itu.

“Juruterbang kedua itu mempunyai bayi kembar sebulan. Isterinya menjaga bayi itu dan dia membantu semasa di rumah,” kata laporan itu.

Beberapa minit selepas penghantaran komunikasi terakhir yang direkodkan oleh pembantu juruterbang, pusat kawalan udara di Jakarta cuba menghubungi pesawat itu, namun tiada jawapan.

“Dua puluh lapan minit selepas penghantaran komunikasi terakhir yang direkodkan, juruterbang itu bangun dan menyedari pembantu juruterbangnya sedang tidur dan pesawat itu tidak berada di laluan penerbangan yang betul.

“Dia segera membangunkan rakan sekerjanya, menjawab panggilan dari Jakarta dan membetulkan laluan penerbangan,” kata laporan itu.

Seramai 153 penumpang pesawat Airbus A320 dan empat pramugari tidak mengalami kecederaan semasa penerbangan selama dua jam 35 minit itu dan ia selamat mendarat.

Penyiasat tidak mendedahkan identiti juruterbang, tetapi berkata mereka kedua-dua mereka warga Indonesia berumur 32 dan 28 tahun.

KNKT menggesa Batik Air mewujudkan prosedur terperinci untuk menjalankan pemeriksaan kokpit yang betul dan berkala serta memastikan juruterbang dan kru kabin berehat dengan baik sebelum penerbangan mereka.

Batik Air belum memberi sebarang reaksi ketika dihubungi AFP.

SinarHarian-

Tags: Batik AirJuruterbangtertidur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

14 Pemandu Bas Dikesan Positif Dadah

Wanita Maut Tertidur Dalam Kereta Ketika Jaga Bapa Sakit Di HRPB

21/02/2024
0

IPOH: Wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di kawasan parkir hadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd