• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Maut, Lima Parah Kereta Bertembung Lori 10 Tan

oleh Mohd Arshad
02/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lahir 100,000 Graduan TVET – Perdana Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Dua maut manakala lima lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori 10 tan dalam kejadian di Batu 25 Jalan Sandakan, di sini pada Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, mangsa, Kamaludin Jaffren, 35, dan Nurul Hidayah Abd Rahim disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, manakala lima lagi yang parah dihantar ke Klinik Ulu Dusun untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.53 tengah hari.

Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 38 kilometer dari BBP Sandakan.

“Komander operasi melaporkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Iswara bertembung dengan lori 10 tan.

“Terdapat dua mangsa disahkan meninggal dunia dan lima lagi dihantar ke klinik dengan menaiki ambulans. Bagaimanapun, identiti mangsa yang parah tidak diketahui kerana orang awam yang mengeluarkan mangsa sebelum pasukan bomba tiba.

“Terdapat empat lagi individu di dalam lori iaitu pasangan suami isteri dan dua anak mereka mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, Severinus memaklumkan pasukannya turut menjalankan operasi memindahkan jenazah ke dalam kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 2.18 petang,” katanya.

SinarHarian-

Tags: lorimautnahasparah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd