• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Pelajar Tingkatan Empat Antara 978 Ditahan

oleh Mohd Arshad
12/03/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Didakwa Curang Maut Ditikam Kekasih
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pelajar Tingkatan Empat antara 978 suspek yang ditahan bersabit dengan penyalahgunaan dadah dan ketum sepanjang Operasi Tapisan Bersepadu dan Tapis Khas yang diadakan bermula 1 Mac lalu hingga Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun itu ditahan pada 4 Mac lalu sekitar jam 11.50 pagi di Jalan Geale, Kuala Krai.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh remaja itu membawa kepada penemuan 20 biji pil disyaki yaba.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine dan kes disiasat bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu seramai 884 warga tempatan dan 94 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan sepanjang operasi tersebut.

Ujarnya, ia melibatkan nilai rampasan berjumlah RM450,819.60 iaitu dadah (RM378,215.82), kenderaan (RM2,000) dan sitaan harta RM70,603.78.

Muhamad Zaki berkata, bagi rampasan dadah pula ia melibatkan pil yaba, 3,328.76 gram, heroin (13.59 gram) ganja (36.53 gram), syabu (12.42 gram), pil psikotropik (32.41 gram), ubat batuk (16.67 liter), air ketum (171.14 liter) dan daun ketum (25.4 kilogram).

“Kesemua ini jika berjaya diedarkan boleh digunakan oleh seramai 34,290 penagih,” katanya.

SinarHarian-

Tags: dadahditahanpelajar tingkatan empat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

03/01/2026
0

TAWAU: Demi upah lumayan, seorang pemuda berusia 19 tahun sanggup menjadi 'runner' dadah sebelum kegiatannya terbongkar apabila polis merampas lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd