• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,310 Doktor Kontrak Letak Jawatan Dalam Tempoh 7 Tahun

oleh Mohd Arshad
27/03/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
4,310 Doktor Kontrak Letak Jawatan Dalam Tempoh 7 Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seramai 4,310 doktor kontrak meletak jawatan dalam tempoh tujuh tahun sehingga 2023, dengan 924 orang meletak jawatan tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata jumlah itu mewakili 2.82 peratus daripada jumlah keseluruhan 32,813 pegawai perubatan kontrak tahun lalu.

Katanya, ia menurun berbanding 1,354 doktor atau 4.58 peratus daripada 29,548 pegawai perubatan kontrak di Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2022.

Justeru, beliau berkata, bagi menangani isu doktor kontrak dan kekurangan doktor di hospital kerajaan, KKM melaksanakan pelbagai inisiatif, antaranya memendekkan tempoh masa menawarkan penempatan program latihan siswazah perubatan dari lebih setahun kepada dua bulan selepas menerima pemakluman daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Menggalakkan graduan perubatan memohon untuk berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) sebaik saja menamatkan pengajian perubatan

“(Serta) menyediakan peluang kerjaya secara kontrak yang jelas iaitu hingga maksimum tujuh tahun bagi pegawai yang tidak mengikuti pengajian perubatan supaya mereka dapat memperkayakan lagi pengalaman perubatan; atau hingga maksimum 11 tahun jika diluluskan pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, beliau berkata selaras dengan keputusan Kerajaan pada 19 Januari 2022, KKM dipertimbangkan pewujudan 1,500 jawatan yang merangkumi jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi bagi tempoh 2023 hingga 2025.

“Bagi tempoh 2019 hingga 2023, KKM sudah diluluskan 9,822 pelantikan tetap. Bagi tempoh 2024 hingga 2025, KKM mengunjurkan lebih 6,000 pelantikan pegawai perubatan secara tetap,” katanya.

Selain itu katanya, KKM juga melaksanakan arahan penempatan dua bulan awal sebelum tarikh kuat kuasa bagi pertukaran antara negeri dan arahan pertukaran satu bulan awal bagi pertukaran dalam negeri.

-Berita Harian

Tags: Doktor Kontrakletak jawatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keciciran Murid: KPM Adakan Sesi Libat Urus SBJK Dengan 11 Negeri

Next Post

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Related Posts

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

08/06/2024
0

Tey Kok Kiew melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Melaka pada 6 Jun lalu dan tempatnya digantikan oleh naib pengerusi Khoo...

SK Cyberjaya (2) Dijangka Siap 2028 Tangani Isu Kepadatan Murid

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

21/03/2024
0

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua parti Fine Gael dalam gabungan pemerintah dengan...

Next Post
Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd