• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terlanggar Anak Lembu, Wanita Meninggal Dunia Selepas Tiga Hari

oleh Mohd Arshad
25/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Stok Bekalan Makanan Selangor Dijangka Cukup Tiga Bulan – MB
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang wanita yang terlanggar anak lembu berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini meninggal dunia pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa, Fazleen Yusoff, 31, yang terlibat dalam kemalangan Rabu lalu menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.10 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Jenazah ibu kepada dua cahaya mata itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Uban, Pasir Mas pada jam 11 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa dalam perjalanan menghantar tempahan kuih kepada pelanggan di RKT Paloh 3.

“Ketika kejadian, mangsa bersama suami, Nik Amdan Mohd Ali, 28, serta dua anak mereka, Nik Nur Irdina Sofia, 7, dan Nik Nur Irdina Arisha, 4.

“Siasatan mendapati, setibanya di tempat kejadian tiba-tiba ada seekor anak lembu yang melintas jalan dan melanggar hadapan motosikal yang dinaiki mangsa,” katanya.

Menurut beliau, pelanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan awal.

Ujarnya, mangsa dipindahkan ke HUSM untuk rawatan lanjut.

Choon Foo memberitahu, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di HUSM pada jam 1.10 pagi Ahad.

Katanya, jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga untuk dikebumikan pada pagi Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SinarHarian-

Tags: anak lembumeninggal duniaterlanggarWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd