• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Kamarudin Pengarah KDNKA Bukit Aman Baharu

oleh Mohd Arshad
22/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 25 Mac ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali, yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) pada 31 Januari lalu.

Disamping pertukaran jawatan Mohd Kamarudin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan 44 lagi pegawai kanannya.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad, berkata kekosongan jawatan Mohd Kamarudin sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman akan diisi oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Menurutnya, pertukaran lain membabitkan Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Gerakan), JKDNKA Bukit Aman.

“Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu dengan memangku pangkat Deputi Komisioner,” katanya.

Untuk rekod, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid akan bersara daripada perkhidmatan PDRM pada 1 April ini.

Alzafny berkata pertukaran turut membabitkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.

“Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang. Penyandang terkini jawatan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang iaitu Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, JSJ Bukit Aman.

“Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat deputi komisioner,” katanya.

Selain itu, Alzafny berkata Ketua Cawangan Khas Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Hairuddin Che Hamid ditukarkan Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat deputi komisioner.

“Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual Wanita Dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dinaikkan pangkat kepada senior asisten komisioner dengan memegang jawatan sama.

“Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Perak dengan memangku pangkat asisten komisioner,” katanya.

Alzafny berkata senarai pertukaran turut membabitkan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Katanya, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad pula dilantik sebagai Ketua JPJKK Terengganu.

Semua arahan pertukaran katanya, akan berkuat kuasa mulai 25 Mac ini.

BHonline-

Tags: Bukit AmanDatuk Seri Mohd Kamarudin Md DinKPDNKA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

31/07/2025
0

Kota Kinabalu: Polis kini berada di fasa akhir siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)...

Bukit Aman Tumpaskan Dua Sindiket Menyamar Polis Jepun

Bukit Aman Tumpaskan Dua Sindiket Menyamar Polis Jepun

30/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket penipuan 'call center' membabitkan warga Jepun, China dan Taiwan yang menyamar sebagai pegawai polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd