• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Putuskan Telekung Suqainah Lite Tiru Telekung Siti Khadijah Harmoni

oleh Mohd Arshad
16/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologies Sdn Bhd meniru dan melanggar reka bentuk Telekung Siti Khadijah Harmoni milik Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Melalui keputusan kes saman pada 8 Februari lalu, Mahkamah Tinggi mendapati Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologies selaku plaintif meniru dan melanggar reka bentuk Telekung ‘Harmoni’ milik Padzilah Enda dan Siti Khadijah Apparel selaku defendan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Azlan Sulaiman dalam keputusannya yang dikeluarkan Isnin lalu berkata, selepas membuat penelitian ke atas sampel Suqainah Lite dan membandingkannya secara visual dengan reka bentuk ‘Harmoni’, beliau mendapati ciri-ciri penting ‘Harmoni’ turut ada pada Suqainah.

Azlan berkata, mahkamah mendapati peniruan telekung reka bentuk ‘Harmoni’ yang sudah dijual dan boleh didapati di pasaran sebelum plaintif menjual Suqainah.

Dalam saman balas difailkan pada 14 Disember 2022, Siti Khadijah Apparel yang diwakili peguam Ahmad Hafiz Zubir dan Iman Danial Hakim mendakwa terdapat persamaan ketara melalui reka bentuk, corak di bahagian kepala dan dagu Telekung Suqainah Lite Airaz yang meniru Telekung Harmoni Siti Khadijah.

Siti Khadijah Apparel mendakwa tindakan Airaz Technologies yang menjual, mengiklan dan mengedarkan Telekung Suqainah Lite Airaz melanggar hak reka bentuk perindustriannya kerana meniru dan menciplak reka bentuk telekung miliknya.

Sehubungan itu, Siti Khadijah Apparel memohon perintah perisytiharan bahawa Airaz Technologies melanggar reka bentuk perindustrian reka bentuk telekungnya mengikut Seksyen 32 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Sementara itu, peguam Ahmad Hafiz ketika dihubungi berkata, mahkamah mendapati terdapat peniruan jelas yang dilakukan oleh Airaz Technologies melalui reka bentuk telekung terbabit.

Ahmad Hafiz berkata, mahkamah juga mendapati terdapat usaha mencukupi oleh anak guamnya dalam penghasilan dan pembuatan telekung Siti Khadijah Harmoni yang menjadikannya rekaan baharu dan asli.

Peguam itu berkata, pada masa sama mahkamah menolak saman utama, iaitu permohonan Airaz Technologies untuk membatalkan pendaftaran reka bentuk Perindustrian Telekung Harmoni Siti Khadijah yang difailkan pada 2 Jun 2022.

Airaz Technologies kena bayar kos RM70,000

Katanya, dalam prosiding mahkamah memerintahkan Airaz Technologies membayar kos sebanyak RM70,000 dan akan menetapkan tarikh bagi mendengar hujahan taksiran ganti rugi yang perlu dibayar oleh Airaz Technologies.

Mahkamah turut menolak saman utama, iaitu permohonan Airaz Technologies untuk membatalkan pendaftaran reka bentuk Perindustrian telekung ‘Harmoni’ yang difailkan pada 2 Jun 2022.

Dalam keputusannya, Azlan mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Airaz Technologies melanggar reka bentuk perindustrian berdaftar Siti Khadijah di bawah seksyen 32 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.

Azlan juga memerintahkan Airaz Technologies membayar ganti rugi am, ganti rugi pengajaran dan ganti rugi teruk yang akan ditaksirkan kemudian.

Mahkamah akan taksir kerugian

Secara alternatifnya, mahkamah memerintahkan akaun keuntungan berdasarkan hasil jualan reka bentuk telekung Airaz di bawah sub-jenama Suqainah dan sebarang reka bentuk lain yang meniru reka bentuk perindustrian telekung Harmoni, ditaksirkan mahkamah.

Dalam keputusannya, Azlan berkata Airaz Technologies gagal mengemukakan butiran mencukupi berhubung reka bentuk industri telekung Siti Khadijah yang dinyatakan plaintif bukan sesuatu yang asli atau baharu.

Plaintif juga gagal mengemukakan butiran terperinci telekung reka bentuk ‘Harmoni’ yang didedahkan kepada umum sebelum defendan mendaftarkan setiap reka bentuk perindustrian, yang dikatakan mempunyai kekurangan kualiti bagi menjadikannya asli atau baharu.

“Saya juga mendapati plaintif gagal mengemukakan apa-apa ketika perbicaraan, sampel mana-mana telekung atau spesimen fizikal yang didedahkan kepada awam atau yang sudah berada di pasaran, yang didakwa kekurangan ciri-ciri keaslian atau baharu,” katanya.

BHonline-

Tags: Siti KhadijahTelekung Suqainah LiteTIRU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

Next Post

New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja

Related Posts

Pemuda Mati Lemas Selepas Mandi Bersama Rakan Di Tasik Biru, Kundang

Penjual Tiru Sambal Nyet, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-undang

28/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial dan pengusaha, Khairul Aming mengemukakan lapan surat tuntutan kepada penjual yang meniru 'Sambal Nyet' keluarannya....

Tiru Aksi Kartun, Budak Terjun Guna Payung

21/04/2017
0

GARA-GARA terpengaruh dengan aksi kartun yang digemari, seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas terjun dari tingkat 10 di sebuah apartmen...

Next Post
Mahkamah Putuskan Telekung Suqainah Lite Tiru Telekung Siti Khadijah Harmoni

New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd