• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuh Raya Dilitupi Ais Punca Kemalangan Babitkan Lebih 100 Kereta

oleh AK-47
23/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebuh Raya Dilitupi Ais Punca Kemalangan Babitkan Lebih 100 Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING : Permukaan lebuh raya licin dilitupi ais mengakibatkan lebih 100 kereta bertembung antara satu sama lain, menyaksikan beberapa individu mengalami kecederaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Media kerajaan melaporkan kemalangan itu berlaku di bandar Suzhou, China hari ini, berpunca akibat keadaan cuaca melampau.

Rakaman video disiarkan stesen televisyen CCTV dan dikongsikan di media sosial menunjukkan banyak kereta secara tidak sengaja berlanggar satu sama lain di sebuah lebuh raya.

Boleh disaksikan juga kaca dan serpihan bertaburan di merata tempat.

Menurut Polis Trafik Taman Perindustrian Suzhou dalam hantaran di akaun media sosial WeChat, tiga orang cedera dan dimasukkan ke hospital, manakala enam lagi hanya mengalami luka kecil.

Mengulas perkembangan di lebuh raya itu, polis memaklumkan bahawa trafik sudah dipulihkan dan punca kemalangan sedang dalam siasatan.

Sejak beberapa minggu lalu, sebahagian besar China dilanda gelombang sejuk, ribut salji dan hujan ais sehingga menjejaskan aliran pengangkutan sewaktu jutaan orang bergegas pulang untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Pada minggu ini, kerajaan meningkatkan tindak balas kecemasan untuk suhu beku di samping memulakan beberapa rancangan untuk melancarkan aliran pengangkutan, bekalan dan elektrik di wilayah serta bandar termasuk Beijing, Hebei, Shanxi, Anhui dan Hubei.

Pentadbiran Meteorologi China pula mengekalkan amaran tinggi untuk suhu beku dan rendah di beberapa kawasan tengah serta selatan.

Berdasarkan data amaran cuaca dikeluarkan laman sesawang penerbangan VariFlight, 34 daripada lebih 260 lapangan terbang di negara itu mengeluarkan amaran kabus dan salji.

-Berita Harian

Tags: Chinakemalanganlebuh raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd