• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Kerja Zahid, Zambry Ke Jepun Perluas Kerjasama Pendidikan Tinggi

oleh Mohd Arshad
16/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir selama lima hari ke Jepun adalah usaha strategik bagi memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di rantau Asia Timur.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Lawatan kerja itu akan bermula esok hingga 21 Februari ini.

Kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan antara program yang akan turut disertai bersama-sama delegasi Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, di bawah skop pendidikan tinggi ialah sesi libat urus bersama pelajar Malaysia di Tokyo dan Majlis Penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat kepada Timbalan Perdana Menteri itu di Institut Teknologi Shibaura.

Ia termasuk lawatan kerja ke Tokyo National Institute (KOSEN) dan pertemuan dua hala dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Masahito Moriyama.

Menurut KPT, selain menyertai program Ahmad Zahid, Zambry dan delegasinya juga akan mengadakan lawatan kerja ke Universiti Tsukuba bagi membolehkan mereka mendapatkan gambaran serta perspektif lebih jelas terhadap rangkaian program akademik yang ditawarkan selain pendedahan terhadap kualiti fakulti, makmal dan sumber yang menyokong kepada bidang pengajian ditawarkan.

“Zambry juga akan turut melawat Universiti Waseda iaitu sebuah institusi penyelidikan swasta yang telah melahirkan tokoh terkemuka Jepun dalam pelbagai bidang termasuk mantan Perdana Menteri Jepun.

“Lawatan ke Universiti Waseda akan membuka potensi kerjasama strategik dan mengenal pasti bidang fokus yang boleh dilaksanakan bersama dengan universiti di Malaysia,” katanya.

Delegasi KPT akan turut melawat Makmal Hasegawa di Universiti Sains Tokyo, Kampus Katshusika iaitu makmal yang memfokus kepada penyelidikan dan aktiviti akademik antaranya dalam bidang sains, kejuruteraan serta teknologi kecerdasan buatan (AI) dan akan diberi pendedahan terhadap pengoptimuman sistem komunikasi tanpa wayar menggunakan AI.

“Hasil lawatan ini diharapkan dapat melebarkan pengiktirafan terhadap keupayaan dan kualiti sektor pendidikan tinggi Malaysia, merancakkan pembinaan kapasiti, pemindahan ilmu dan penyelidikan ke arah memacu inisiatif pengantarabangsaan sektor pendidikan tinggi negara,” menurut kenyataan itu.

Bernama-

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd KadirKPTlawatan kerjaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

‘BN Ramaikan Golongan Profesional Sebagai Calon Pada PRN Sabah’ – Ahmad Zahid

‘BN Ramaikan Golongan Profesional Sebagai Calon Pada PRN Sabah’ – Ahmad Zahid

12/10/2025
0

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon daripada UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi bertanding pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd