• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Bahu Punca Pergaduhan Pekerja Kilang

oleh Mohd Arshad
27/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPKT Batal 26,108 Lesen Peniaga Kerana Langgar Syarat
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Berlanggar bahu ketika beratur selepas tamat waktu bekerja didakwa punca pergaduhan antara dua pekerja lelaki sekali gus mencetuskan rusuhan di sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Timur di sini pada Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Susulan kejadian itu, seramai sembilan lelaki terdiri daripada empat warga tempatan dan lima warga asing ditahan kira-kira jam 3.30 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu pada jam 10.22 malam Isnin.

Menurut Mohd Zaidi, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin pengadu menyatakan bahawa dia telah ditumbuk oleh seorang suspek lelaki warga asing dan kemudian berlaku pergaduhan antara kedua-duanya.

“Pergaduhan itu membabitkan pekerja kilang dipercayai berpunca daripada salah seorang pekerja asing yang didakwa melanggar bahu seorang lagi pekerja tempatan ketika beratur untuk mendaftar keluar menggunakan cap jari selepas tamat waktu bekerja.”

“Namun ia langsung tidak diendahkan dan kemudian seorang lagi pekerja warga asing tiba-tiba menjerit dan menuding jari ke arah pekerja tempatan terbabit sebelum mengajaknya keluar untuk bergaduh di luar kawasan kilang sambil memegang sebatang kayu.

“Pekerja tempatan itu sekali lagi tidak mengendahkan ajakan tersebut namun sebaik berada di luar kilang, mangsa tiba-tiba ditumbuk dari belakang dan kejadian itu menyebabkan berlakunya pergelutan seterusnya bertukar menjadi huru-hara apabila disertai lebih ramai individu daripada kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaidi berkata lagi, pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan dan pekerja kilang yang lain.

“Pengadu mengalami kecederaan ringan pada kedua-dua belah lutut dan semua suspek turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial berhubung satu video berdurasi 50 saat yang memaparkan pergaduhan antara dua kumpulan di luar kawasan sebuah kilang di Kota Kinabalu.

SinarHarian-

Tags: bergaduhkilangLanggar Bahu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

Bergaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 5 Masih Dikesan, 7 Bebas Dengan Jaminan Polis

10/08/2025
0

IPOH: Polis kini giat mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan dalam kejadian merusuh semasa perlawanan bola sepak yang berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd