• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Gred Beras Putih: Kerajaan Tidak Buat Pusingan U

oleh Mohd Arshad
17/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Gred Beras Putih: Kerajaan Tidak Buat Pusingan U
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak membuat pusingan U dalam isu gred beras putih seperti yang didakwa, sebaliknya ia merupakan satu cadangan dan masih belum lagi diputuskan Kabinet, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Pada waktu ini, belum ada pemakluman atau perbincangan di Kabinet mengenai ketetapan (satu gred beras putih) tersebut. Jadi ia bukanlah U-turn (pusingan U).

“Bagaimanapun, saya lihat kenyataan Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal itu berniat baik dan hasratnya ialah untuk membantu mengurangkan harga barang,” katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Parlimen Lembah Pantai di Masjid Al-Khadijah, Pantai Dalam, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, selain itu, dalam konteks ekosistem beras, perbincangan dan penyelarasan juga perlu dilakukan bersama pengusaha, pekedai dan peruncit.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Mohamad berkata, sebarang pengumuman atau ketetapan yang dibuat mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Kenyataan itu susulan daripada pengumuman Syed Abu Hussin Hafiz pada 14 Februari, yang dilaporkan berkata, tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dilapor berkata, isu harga kawalan beras, akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), minggu depan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fahmi berkata, langkah menjenamakan semula Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah diteliti secara menyeluruh, yang bukan hanya melibatkan perubahan pada nama namun juga fungsinya.

“Biarlah PEDi ini dapat memanfaatkan lebih ramai orang dan untuk itu ia perlu direncanakan dengan baik, kerana ada sesetengahnya memerlukan hubungan yang baik dengan beberapa agensi seperti Rukun Tetangga, Jabatan Penerangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Semalam, Fahmi berkata PEDi dijangka dijenamakan semula menjelang suku kedua tahun ini dan ia perlu dibuat berdasarkan kepada pengalaman dan pengamatan di lapangan, yang mendapati orang ramai hadir ke PEDi untuk pelbagai aktiviti yang tidak melibatkan ekonomi digital.

-Sinar Harian

Tags: Isu Gred Beras PutihKerajaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gangguan Operasi LRT: Prasarana Tuntut Pampasan RM38 Juta

Next Post

Mayat Reput Ditemukan Terapung

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post
Mayat Reput Ditemukan Terapung

Mayat Reput Ditemukan Terapung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd