• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Gesa Semua Pihak Bertenang Isu Pengurangan Hukuman Najib

oleh AK-47
03/02/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
DAP Gesa Semua Pihak Bertenang Isu Pengurangan Hukuman Najib
Share on FacebookShare on Twitter

DAP menggesa semua pihak bersikap tenang susulan pengurangan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan mengenai perkara itu adalah muktamad, dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

“Kami difahamkan beberapa penyokong Pakatan Harapan (PH) kecewa dengan pengurangan hukuman Najib.

“Tetapi keputusan Lembaga Pengampunan adalah muktamad, dan kabinet sama sekali tidak terlibat dalam keputusan itu,” kata Loke, yang juga menteri pengangkutan, kepada pemberita di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Semalam, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa ia telah mengurangkan tempoh penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun.

Ini bermakna Najib akan dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028.

Dalam mesyuarat pada 29 Jan, lembaga itu juga mengurangkan denda yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Mengulas lanjut, Loke menyatakan bahawa undang-undang negara memberi ruang kepada mana-mana banduan untuk meminta pengampunan atas jenayah mereka.

“[Dalam kes ini] dia (Najib) tidak diampunkan. Dia tetap bersalah atas pertuduhannya, tetapi hanya hukuman dikurangkan separuh.

“Sebab (pengurangan hukuman) ini hanya diketahui oleh Lembaga Pengampunan,” tambah Loke.

Dia seterusnya menegaskan Najib masih mempunyai kes-kes mahkamah lain yang sedang berjalan mengenai skandal 1MDB.

“Terdapat pelbagai reaksi (terhadap perkara itu). Ada yang kecewa Najib tidak dibebaskan, manakala yang lain kecewa hukumannya dikurangkan. Saya menggesa semua orang untuk bertenang,” tambahnya.

Loke berkata perkembangan itu tidak akan menjejaskan hubungan DAP dengan Umno/BN dalam kerajaan campuran.

Ditanya sama ada ia akan memberi kesan kepada peluang gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang, Loke berkata seseorang tidak boleh tahu apa yang akan berlaku dalam beberapa tahun akan datang.

“Buat masa ini, keputusan (Lembaga Pengampunan) adalah muktamad dan ia bukan sesuatu yang anda boleh cabar di mana-mana mahkamah undang-undang,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: DAPIsu Pengurangan Hukuman Najib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd